Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Zaman Kanak-kanak

Terjadi di zaman kanak-kanak mami.
Rasa-rasanya 21 tahun yang lampau.



*****************************

Di suatu petang Ramadhan yang mulia.
Si ibu sibuk di dapur.
Dua orang kanak-kanak berlainan jantina gembira bermain bersama.

"Angah pergi kedai kejap belikan ibu cili boh."

Duit kertas bertukar tangan.

Kanak-kanak berlainan jantina tadi pun berjalan kaki menuju ke kedai sambil bergelak ketawa.
Sekejap sekejap ketawa....sekejap sekejap ketawa.
Seronok benar nampaknya.

"Cik Kamal, cili boh satu."

Duit kertas bertukar tangan.

Pulanglah dua kanak-kanak berlainan jantina tadi dengan membawa "cili boh" yang agak berat.
Masih lagi dengan gelak tawa yang tiada hentinya.

"Nak letak mana cili boh ni?"

"Astaghfirullah'azim. Ini AIS bukan CILI BOH. CILI BOH tu diperbuat daripada cili. Pergi tukar."

Maka sekali lagi kanak-kanak berlainan jantina itu berjalan kaki ke kedai.
Sekejap sekejap mencarut....sekejap sekejap mencarut.

"Vongok betul ko ni cili boh pun tak kenal."
"Ingatkan CILI BOH ni nama lain bagi AIS. Cik Kamal lah yang vongok. Orang mintak CILI BOH, dia bagi AIS sapa suruh."

*****************************


p/s: angah itu adalah mami.
      memang mati-mati masa tu mami ingat cili boh tu nama lain untuk ais.

No comments: