Minggu ni hantar Irfan ke nurseri, mami tengok teacher dia bertukar lagi.
Dalam tempoh lima bulan hantar Irfan ke nurseri tu dah dua kali teacher dia bertukar.
Bukan sorang berdua jer...ramai pulak tu.
Tiap kali tukar teacher Irfan mesti tak happy nak pergi nurseri.
Tensiiiiiiiiiiiiiiiiiii mak!!!
Irfan ni perangai dia lambat panas.
Dia susah nak mesra dengan orang yang baru dia kenal.
Wan, mak tok, pak cik dan mak cik dia pun boleh masuk dalam senarai baru kenal.
Kalau hari-hari dia jumpa, itu ok.
Hari-hari jumpa maksudnya pagi petang siang malam dia ngadap muka ko.
Ha itu hari-hari jumpa.
Siang jumpa, malam tak nampak pun tak boleh kira hari-hari jumpa.
Inilah yang jadi dengan kes nurseri dia.
Oleh kerana dia hanya jumpa teacher dia waktu siang sahaja so dia lambat mesra.
Bila lambat mesra mulalah dia rasa macam tak ada kawan dekat situ.
Maklumlah budak manjaaaaaaaaaa.
Bila tak ada kawan of courselah dia rasa tak happy.
Untuk melepaskan rasa geram tu dia selalu buat tunjuk perasaan dekat rumah.
Nak nak bulan poser nih.
Manalah nak terlayan.
Sampai rumah dah dekat pukul enam.
So sibuklah di dapur.
Waktu nilah dia mula tunjuk perangai.
Perintah yang bukan-bukan.
Mengada tak tentu hala.
Kadang-kadang siap baring dekat lantai dapur.
Tak ker cari penyakit namanya tu.
Nak salah kan Irfan, budak tu kecik lagi.
Tapi tangan naik jugak.
Manja terlebih sangat kang esok lusa mak jugak yang susah balik.
Nak salahkan nurseri, pengurus dia boleh bagi seribu satu macam alasan.
Yelah sumer parents nak bagi yang terbaik untuk anak memasing.
Parents yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak memasing, lahir jer dorang dah buang dah.
Apa nak kisah dah.
Tapi dalam hal macam ni mami masih boleh lagi give n take.
Cuma tolonglah jangan sambil lewa sangat.
Kadang-kadang benda macam ni kalau tak pandai handle boleh jadi satu tekanan pulak pada kita.
Try jugaklah perlahan-lahan slow talk dengan Irfan.
Budak ni kita nampak kecik lagi.
Tak faham apa yang jadi kat keliling dia.
Tapi kena ingat dalam usia yang muda ini, otak dorang ni macam spange.
Diorang serap semuanya, belajar daripada apa yang kita lakukan dan perkatakan.
Buruk perlakuan kita, buruklah perlakuan mereka.
Busuk mulut kita, busukah mulut mereka.
Nak nak lagi dalam bulan Ramdhan nih.
Memang jadi ujianlah.