Monday, June 28, 2010

Sepintas Lalu

Dah lama bebenor rasanya tidak mengupdated blog
Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan diambil tindakan segera
Maka blog ini terpaksa dipinggirkan seketika
Tetapi tidak bolehlah terlalu lama
Sebab blog ini umpama terapi minda untuk saya...
Kadang-kadang sesuatu yang tidak dapat diluahkan di dunia nyata akan saya ceritakan di sini...
Sebab blog ini tidak pandai hendak mengatakan tidak!

Soal keluarga yang masih belum selesai...
Soal kerja yang tidak pernah habis...
Soal masa depan yang masih suam-suam...

Pening kepala...
Nak ambil berat hal yang ini, hal yang itu pula datang...
Nak ambil peduli perkara yang itu, perkara yang ini pula menjelma...
Nak menyelesaikan urusan yang ini, urusan yang itu pula timbul...
Aduhai......telan panadol lagilah jawabnya...

Sekian daripada cik puan yang tengah kusut masai...




K.A.M.I

Friday, June 18, 2010

McD Time!!!

I'm love it...
Hahaha inilah tempat makan K.A.M.I kalo terasa maleh nak masak di rumah atau tetiba rasa nak tuko selera atau tetiba rasa lapo yang amat...
Maklumlah perut separuh Melayu separuh Mat salleh tercelup nih memanglah payah sikit
E.ce.ceh..! Tetiba masuk mood perasan...
Tapi yang syoknya herokecil pun enjoy...
Tapi idaklah selalu bebenor teman sekeluarga makan kat sini...
Kopak dek non!
Walaupun perut ada gaya mat salleh tapi poket tak berapa nak salleh sangat...
Kahkahkah...Tetiba sedor diri..
So layanzlah gambo yang sempat di kandid mandid nik yea...




Table kitorang...

Herokecil tengah menghisap 'kentang'

Baju pun sampai terbukak butang..baru macho!!!


Inipong herokecil punya...bubur ayam McD

Ini MR. Daddy punya...DOUBLE Big Mac

Ini mummy punya...DOUBLE McChicken-mummy pon taknak kalah...DOUBLE youuuuu....Menu wajib mummy kalo ke McD


Desert...kahkahkah

.

.

K.A.M.I

Thursday, June 17, 2010

Mesti Tonton...

Sekarang setiap malam dari hari Isnin hingga Jumaat mummy gila tengok citer ni...
Import dari Korea tau!
Mula-mula dulu tak adalah nak tengok sangat tapi bila dah sekali tengok terus melekat lah pulok!
Aiseh!!!
Apa nak buat sudah jatuh chentalah ini drama...
Cuma yang tak syoknya depa pi alih suara ke bahasa cina...
Actually mummy lagi suka tengok korean drama menggunakan bahasa korean jugak sebab orang korea ni bila bercakap bersungguh-sungguh...
Dengan intonasi suara...dengan mimik muka...ittew yang mummy suka tuh!
hehehehehe

Setiap Isnin - Jumaat 8.30 p.m di 8tv

Han Hyo Joo s Go Eun Sung: watak utama...sangat suka kembung2kan pipi
Lee Seung Gi s Woo Hwan: hero...mummy macam nak rekemen suruh dia tukar stail rambut

Bae Su Bin s Joon Ree: pencinta yang setia...tapi dia saaaangat baik dalam ini drama

Kim Mi Sook:a mother of evil...huish saaaaangat menyampah nengok dia dalam drama ni...giler punya jahat! Tengok mukapun dah tahu...

Moon Chae Won: a daughter of evil...baik sikit jer dr mak die...tapi tetap lebih kureng jer. Padan muka hang

Nota: mummy sangat suker tgk adegan a mother of evil tu. Tertanya2 apakah rancangan jahat dia yang seterusnya.

.

K.A.M.I

Wednesday, June 16, 2010

Dua Hari Sebelum Birthday Herokecil

Dua hari sebelum birthday herokecil mummy and MR.Daddy bawa herokecil ke AQUARIA KLCC...tengok ikan!
Masa tu herokecil memang enjoy...termasuklah dengan mummynya...kehkehkeh
Tapi umat manusia ya Rabbi....punyalah sesak...
Maklumlah coti sekolah
Mujur aja ngam ngam K.A.M.I keluar dari situ sampailah pula sekumpulan rombongan sekolah...
Ha! Amik kau 3biji bas sekali sampai!
Herokecil memang enjoy masa dalam aquaria tuh...
Tunjuk sana...tunjuk sini...
Tengok dia macam tuh..mummy pun rasa best aja...
Lepas nih mummy bawa gi tempat lain pulak OK!
Layanlah gambar yang beberapa keping ni...

Ha tengok tu...besarnya ikan tu

Makan time..!

nyum! nyum! nyum!

K.A.M.I

Birthday Boy...

Herokecil K.A.M.I genap setahun pada 07 Jun 2010 yang lalu
Tapi celebrate lambat sikit sebab sehari sebelum birthday herokecil dia kena chicken pox
Sian itu anak...menangis aja masa kena chicken pox ittew
Mak ngah, Mak lang, Mak su ngan mak tok datang nak celebrate birthday dia tapi herokecil demam so...tak delah celebrate..
.
Mak ngah belikan herokecil kek coklat as his favourite tapi dah katapun demam so tak delah minat dia nak makan...
Penyudahnya ittew monster dua orang (mummy + MR. Daddy) kasi perabih ittew kek...
Bukan apa takut simpan lama-lama nanti rosak pulak...penyudahnya dibuang aja
Kan membazir nama ituh...
Dan membazir ittew amalan SYAI.TOOOON
(alasan..!)
.
Jadi bila herokecil dah recover dari demam dia mummy and MR. Daddy gantilah balik kek dia...
We both belikan dia kek favourite dia...
Happy Birthday herokecil mummy...
Mummy doakan sayang membesar jadi anak yang taat kepada mummy and MR. Daddy...
Taat kepada Allah...
Taat kepada agama...
Dan semoga anak mummy berjaya di dunia dan di akhirat...
.
So layanzlah gambar birthday boy...
.
p/s: mekasih mak tok kasi "present" untuk cucu mak tok yang sorang nih. jangan risau no...yang itu kami tak songlap... :)

kek 'ganti' untuk birthday boy
potong kek pun muka serius semacam...

Yang mana satu birthday boy ni?

betultak kek tu favourite dia?


sudah! sudah jangan ambik gambar saya lagi!
.
.
.
.
K.A.M.I

Monday, June 14, 2010

Masa Yang Tidak Mengizinkan

Sebenarnya terlalu banyak yang nak saya ceritakan di sini sepanjang seminggu tidak berblogging...tetapi masa yang saya ada tidak mengizinkan...

Nantilah bila saya dah dapat mengaturkan masa saya akan saya ceritakan rentetan peristiwa sepanjang minggu yang lalu...

Walaupun seminggu tak berblogging te.tapi masih sempat menukar layout...

Tak tahan nyah...layout lama yang tidak mesra alam semesta ittew...

Daaaaaaaaaa



K.A.M.I

Tukar Lagi...

Setelah hampir seminggu tak update blog...tup tup terus tukar layout baru...
Tak boleh tahanlah dengan layout biru mata hitamku ittew...
Tak mesra pengguna...auw!
Kahkahkahkah

Yang bebenor tangan ni gatal...
Harap-harap layout yg ini mampu bertahan lebih lama...
Paling koman pun sebulan...

Kalo tak harus kutukar ke layout yang asal....

Sekian, wassalam..




K.A.M.I

Tuesday, June 1, 2010

Akhirnya...

.
Dapat jugak ku beli novel ini...
Jadinya malam ini tidurku pasti lena...
hahahahahaha
Picture taken from google
.
.
.
.
K.A.M.I

Malang Yang Memang Tidak Berbau...

Baru hari ini saya benar-benar memahaminya...
Mengapa dikatakan malang itu tidak berbau...
Kalau boleh dibau...owh untungnya nasib badan...
.
Kisah yang menyayat hati sendiri ini berlaku pada hari terakhir bulan Mei...semalam
Dengan penuh bergaya dan bersemangatnya saya melangkah pulang menuju ke kereta
Saya hidupkan enjin dan beberapa saat kemudian porshe putih saya laju membelah jalan raya
Tang porshe putih tuh saya bohong!
.
Ketika melalui selekoh saya mulai merasa ada yang tidak kena dengan porshe putih saya
Porshe putih semakin memberat ke sebelah kiri...
Pemanduan jugak menjadi tidak seimbang...bagai ada taufan yang mengemudi porshe putih saya
Tayar tidak lagi mengikut kehendak stereng...
Ada yang tidak kena...saya berbisik di dalam hati
Ceh...rasa macam dalam drama pulok...
.
300meter di hadapan (sebenarnya saya tak pandai pun menganggar jarak...main sedap tangan menaip jer 300m) saya ternampak papan tanda petronas
Saya memberi signal ke kiri dan membelok masuk...
Dengan langkah yang penuh yakin saya melangkah keluar
Memeriksa tayar kereta dengan penuh gaya yang konon-kononnya saya ni seorang yang sangat tahu pasal kereta...Bermula dengan tayar sebelah kanan...semua OK!
Saya beredar ke sebelah kiri...Owh no! Itu kamu! Tayar kiri bahagian belakang pancit!!!
Saya panik seketika...tetapi saya tetap mengcontrol rupa paras saya agar nampak cantik berkeyakinan (boleh blah lah! keh keh keh)
.
Jari jemari saya yang meruncing (kononnya!) terus laju mendail nombor MR. Daddy...
Help! Help! saya perlukan pertolongan...tetapi hampa MR. Daddy tidak menjawab panggilan saya...
Saya cuba pula hubungi mangsa saya yang kedua...adik saya...juga tidak berjawab...
Cait! Seperti ada konspirasi mahu saya bertanggungjawab sendiri...
Tak pe...saya masih ada mangsa seterusnya...dan saya yakin mangsa ini pasti akan menjawab panggilan saya
Tekaan saya tepat! Panggilan saya berjawab
.
"Lang, tayar kete angah pancit...kalau setakat pam aja boleh tahan tak sampai klang? Angah dekat KLIA lagi ni..."
.
Begitulah kata saya sebaik sahaja mangsa menjawab panggilan saya
.
"Try pam dulu, kalau angin masih keluar kena tukar tayar...Kalau lepas pam masih keras bawa perlahan-lahan balik Klang. Tapi sampai Klang kena terus bawa pegi kedai tayar."
.
Saya dengan penuh gaya wanita anggung berkerjaya terus melangkah masuk ke petrol station dan berjumpa dengan salah seorang staff di situ (yang pastinya menjadi mangsa adalah pekerja lelaki)
.
"Err boleh tolong pam tayar kereta saya tak? Saya tak pandailah..."
.
Kah kah kah...Harap gaya jer anggun wanita bekerja tetapi setakat nak pam tayar keretapun tak reti...Bawak kereta dah berapa tahun?
.
Jadi kesimpulannya: sila belajar pam tayar kereta anda...
.
.
.
.
K.A.M.I