Assalamualaikum peeps...
Ya ampun, semenjak dua menjak dah masuk bulan Ramadhan nih, malasnya melambung-lambung. Langsung tak boleh nak control. Menjadi-jadi.Memang parah sungguh. Napa ek tak ada jual ubat untuk hilangkan kemalasan. Kalau ada harus kak ton yang paling depan berbaris nak beli. Kui kui kui.
Eh, heboh ek sekarang orang dok cerita pasai retis yang kahwin dua tu ek. Saya no komenlah. Sebab tak duduk kat tempat deme khennnnn. Don't simply judge people when you have totally no idea what battles they're going through. Once, try to put yourself in their shoes. Pity them.
Eh, kepochi khennnn kak ton nih. Bukan apa riuh kot orang bercerita pasai retis tuh. Sikit banyak terdengor ler jugak. Tapi kak ton neutral. Sebab kita t ak tahu cerita di sebalik tabir maka adalah lebih baik kita berdiam sahaja. Kang jadik fitnah pulak. Ye dok!
Bulan-bulan puasa nih selain malas bebenor, saya kerap rasa mengantuk. Rasa mengantuk yang amat lah sangat. Yang tak dapat ditahan-tahan. Adalah dua tiga kali jugak terlentok dekat meja ni ha. Mujur bos tak datang kejutkan. Idak kalu...kejang aku dekat situ. Mih mih mih.
Semalam berbuka paling simple. Buat nasi goreng seafood. Macam biasalah kolaborasi dengan MR. Daddy. Ku tak boleh permenant di dapur. Sebab kejap-kejap berkejar ke depan kalau bos kenit mokmok tu panggil. Maka saya sediakan bahan semuanya. Potong, basuh and letak tepi kuali. Mr. Daddy campak semua dalam kuali, goreng. Gituh pun Irfan makan bertamboh jugak. Herokecil saya tu dah pandai makan udang. I mean dah tak allergic. Gambar ada dalam phone tapi ku tidak rajin nak transfer.
Owh, last week dapat bil elektrik. Rasa nak fengsan-bangun balik-fengsan balik-bangun lagi- fengsan semula-bangun balik bila tengok bil elektrik. Semput kejap. Lagi RM 9 jumlahnya genap RM 200. Bapak banyak bil bulan nih. MR. Daddy pun terkujat. Tak pernah kot bil elektrik banyak macam tuh. Paling banyak pun RM 150, itu pun sebab dua bulan punya bil dikumpul. Kali ni memang over. Bila fikir balik naper banyak macam tuh. Then baru ingat, start bulan enam tu memang banyak pakai mesin jahit. Kadang-kadang sampai dua jalan sekali dengan mesin sulam. Mesin sulam bila on bermakna laptop pun akan on juga. Double di situ. Then masuk bulan puasa banyak pula pakai microwave, panaskan lauk especially waktu sahur. So no wonder gitu jadinya bil. Tapi berpeluh jugaklah ketiak. Tiba-tiba hilang mood nak jahit. Matiklah ada yang tak berbaju raya kang ni.
OKlah sekian dulu cerita carca marba dari kakton untuk semua. Lap u muah muah muah.
2 comments:
sebab tu lah kenkadang ada yang markup harga baju kurung mahai kan.
caj letrik mesin jahit saje dah berapa.
sekarang sikit sebanyak ku mengertik. haha
Iye gituhlah kekdahnya. Tarif elek. pulak makin naik. Itu tarif dkt rumah, kalo kedai punya tarif lagi tinggi. Fitam iolls...
Post a Comment