Assalamualaikum uollls...Salam Ramadhan dan salam Jumaat buat semua. Dah tiga hari kita berada dalam bulan Ramadhan kan. Sekejap sangat masa tu berlalu. Time flies.....sigh!
Lama dah tak up entry. Malas ada, sibuk pun ada, ketandusan idea nak mengarang pun ada, ketidakstabilan blog pun ia juga. Eh, blogpost iollls dalam minggu giler bebenor. Sekejap-sekejap hang, sekejap-sekejap log-out sendiri. Ker tak bagi iollls tulis blog, nak suruh iollls buat kerja lah tu. Tapi ampunnnnnnnnnnn lah mata iolllls nih, mengantuk bebenor. Tak boleh buka haaaaaaa.
Iolls nak kongsi cerita Korea yang iolllls berjaya tonton dalam seminggu dua lepas. Kelakar lah juga. Kena dengan citarasa iollls.
Tajuk : Rooftop Prince (sesetengah website letak tajuk The Rooftop Prince)
Pelakon :
Micky Yoochun as Yong Tae Yong / Lee Gak
Han Ji Min as Park Ha / Bu Yong
Jung Yoo Mi as Hong Se Na / Hwa Yong
Lee Tae Sung as Yong Tae Moo
Sinopsis:
Cerita ini tentang kisah merentasi masa; antara masa lalu dan masa hadapan. Korea di era zaman pemerintahan beraja dan Korea pada hari ini. Ia mengisahkan tentang Lee Gak, putera mahkota Jaeseong dan tiga orang kepercayaannya (Song Man Bo, Woo Yong Sul dan Do Chi San) dalam usaha menjejaki misteri pembunuhan puteri mahkota (Hwa Yong). Satu malam ketika cuba menjejaki pembunuhnya, mereka berempat telah diburu oleh kumpulan tentera yang tidak dikenali. Lalu mereka melarikan diri. Dalam usaha melarikan diri itulah mereka tercampak ke "dunia Korea" hari ini (2012) iaitu di dalam rumah Park Ha.
Di dalam kekalutan tiada arah, mereka mengambil keputusan untuk terus berada di samping Park Ha sambil cuba mencari jawapan bagaimana mereka boleh berada di situ. Park Ha mempunyai seorang kakak tiri bernama Hong Se Na. Satu hari ketika pertemuaan antara Park Ha dan Hong Sena, Lee Gak terpandangkan Hong Se Na yang pada pandangannya sangat seiras dengan puteri mahkota yang mati dibunuh itu. Lalu dia menyangka itulah Hwa Yong nya.
Tae Moo adalah cucu kepada soerang wanita kaya di Korea. Namun kedudukannya selalu tergugat dengan adanya Yong Tae Yong. Yong Tae Yong amat disayangi oleh neneknya. Ketika dalam usaha memujuk Tae Yong pulang ke Korea, Tae Moo tanpa sengaja menumbuk Tae Yong sehingga jatuh ke laut dan menyebabkan "kematian" lelaki itu.
Nenek Tae Moo yang terlalu merindui Tae Yong yang telah tiada telah tersalah anggap Lee Gak sebagai cucunya kerana wajah keduanya sangat seiras. Lee Gak pula akhirnya bersetuju "menyamar" menjadi cucu kepada nenek Tae Moo dalam usaha mendekati Se Na.
Apakah Tae Yong dan Sena adalah kelahiran semula?
Kredit to Koreandrama
No comments:
Post a Comment