Cerita pasal Irfan dan Nuha. Dua-beradik ni kadang-kadang bila baik....baikkkkkkkkkkkkk lah sangat. Tapi bila dah start berebut memasing tak moh kalah dah. Baik abang baik adik. Sama naik. Ending mesti salah seorang akan menangis. Lantaklah korang. Mami ko masa kecik pun gitu jugak.
Tapi masa tengah baik memang syok tengok. Kemain lagi pandai si abang ngambik hati adik. Terkekek-kekek adik ketawa. Ntah apa yang lucu tidak lah diketahui. Abang pun makin sukalah melayan.
See how they can get along together. Kemain seronok si adik. Abang pun naik syok melayan. Dapatlah saya dengan MR. Daddy kolaborasi dekat dapur masak untuk berbuka. Idaklah bersilat sorang-sorang. Waktu ni memang terkekeh-kekeh si Nuha ketawa. Lawak yang si abang buat ialah, letak cawan mainan atas kepala...goyang kepala...cawan jatuh. Maka gembiralah hati si adik.
Then dua-dua adik-beradik ni sama jer suka tengok tv. Kartun apa yang abang dia tengok, kartun tu jugaklah yang akan buat si adik melopong. Baru-baru discovered Nuha pun suka tengok wonderpets. Maka joinlah abang tenok wonderpets hujung minggu tu. Kemain malngut dua-duanya tengok tv.
TEngoklah si Nuha, kemain depan duduknya. Kalih ke belakang menjerit marah. Macam kan faham benor. Tapi layankan jelah, asal senyap. Tenang hati mak ko nak berehat sekejap.
And kalau pasal makan...ye bagi pada adik. Dialah champion. Suap apa jer, haruslah dia menganga. Makan Nuha memang senang. Beza dengan Irfan. Irfan dari usia Nuha dah selektif. Ikut sapa lah tu? Sampai laaaaaaa lagi selektif. Kemain jenuh nak bagi dia makan.
Nuha walau badan tak berketak tapi daging dia padat. Tengoklah perut tu kemain ke depan. Selalu kena tegur dengan Irfan. Tak pelah kan dik. Kecik-kecik mok mok tak per. Comey jer.
Ini si abang yang susah bebenor nak bagi makan. Tengoklah tu apa yang dia makan. Nasi putih kuah banjir dengan sup ayam. Mujur mahu juga makan. Irfan ni kalau nak bagi makan kena tanya apa dia nak. Kalau main sorong jer makanan depan muka dia ada harapan 90% kena reject.
Itulah kisah dua beradik. Dua orang ni pun dah rasa macam lima orang. Letih ampunnnnnnnnnn! No compalint just sharing my sweet moment having both of them.
No comments:
Post a Comment