Tuesday, July 23, 2013

Hadiah Tidur Petang

Semalam tak kerja. Actually dah 2 hari sebab jaga bebudak ni kat rumah. Esok Rabu dengan Khamis giliran MR. Daddy pulak. Terpaksa gilir-gilir. Nursery tutup seminggu atas arahan Kementerian Kesihatan. Ada budak yang kena penyakit bejangkit.

Since Nuha pun dah 9 bulan, tak delah renyah sangat nak menjaga. Lebih tenanglah.

Petang tidurkan Nuha. Irfan tak mau tidur. OK suruh dia main dalam bilik sebab Nuha tidur dekat luar. Dia pun main iPad. Sambil-sambil tidurkan Nuha, saya pun lelap sama.

Sekali terjaga pukul 4.30 semerbak jer bau. Kemain wangi. Bau dari dalam bilik. Bangun pergi tengok, sekalinya si Irfan tengah main bedak combo dengan losyen adik. Patutlah bau macam familiar. Nadib baik puasa tenaga pun tak ada nak marah-marah. Diam jer.




Itupun separuh MR. Daddy dah kemaskan. Saya memang dah tak ada tenaga. Nak pandang pun tak larat. Baiklah pergi masak. Dapat juga berbuka makan nasi lemak lauk ayam rempah.

No comments: