Assalamualaikum..... Sekejap jer kan dah masuk Ramadhan yang 6. Esok dah seminggu Ramadhan. So macam mana dengan Ramadhan uollls. Iolllls biasa jer. Alhamdulillah still manage tak pergi ke Bazar Ramadhan (me still cannot call it PARAM). Balik dari kerja letak beg segala terus ke dapur. Kalau Nuha nak menyusu, susukan dia dulu so MR. Daddy take turn dekat dapur first. So far siaplah segalanya sebelum berbuka. Azam Ramadhan kami tahun ni tak mahu ke Bazar Ramadhan dan tidak mahu minum ais. Ais ni buat badan kita jadi lemah.
Oleh kerana Ramadhan kali ini saya tak boleh nak 100% dekat dapur so dah siap-siap tulis menu berbuka untuk seminggu setengah. So that way senang sikit. Tak payah terkial-kial duduk depan peti sejuk pikir nak masak apa? Nak makan apa? Dan satu lagi lebih mudah sebab Mr. Daddy nak pergi pasar pun mudah. Dah tahu nak beli apa sebab menu dah ada. Korang try lah buat, serius senang. Tak payah susah-susah sangat. Like me saya buat satu lauk main, satu sayur. Dan saya pastikan salah satu lauk tu Irfan boleh makan.
And sebelum Ramadhan hari tu saya dah siap-siap beli sampin raya and songkok untuk Irfan. I learnt my lessons. Tak mahu jadi macam tahun lepas. Rasa nak pitam mencari barang raya untuk Irfan. Bukan banyak mana pun sekadar cari songkok, sampin dengan kasut dia. Tapi dia punya pusing satu alam. Mamat tu cerewetnyaaaaaaaaaaaaaaaa ya ampun! Actually bolehlah je nak beli ikut pilihan kita tapi jangan harap dia nak pakai. Kang sendiri sentap. Beli dah lasminute gi tulah jadinya. Dah tak banyak pilihan.
Maka tahun ni selesaikan awal-awal. So sepanjang Ramadhan tak payah serabut nak pikir bila nak pergi beli. Settle awal-awal. Baju raya semua dah settle sebab saya jahit sendiri. Baju Nuha kena buat baru sebab baju yang baru buat tu tak muat. Tak muat OK! Orang Ramadhan badan makin susut, dia makin naik. Baju kurung dia ketat dekat ketiak dengan lengan. Mujur kainnya masih ada lebih lagi. Nuha...Nuha...
Ok itu jer nak cerita. Selamat berpuasa semua....
Puasa perut, puasa mata, puasa lidah, puasa telinga.............semoga puasa kita diterima.
No comments:
Post a Comment