Thursday, July 25, 2013

Dah Lebih 15 Ramadhan ek?

Assalamualaikum... Hai peeps. Morning, morning, morning! Jangan malas-malas ye korang. Eh kejap je kan. Dah 16 Ramadhan kan. Kejap jer. Time really flies. Tau-tau dah habis dah 15 Ramadhan. Tinggal lagi 14 Ramadhan...insya Allah kalau umur panjang.

Cakap pasal umur teringat sahabat lama saya masa sekolah rendah dulu. Isteri tercintanya telah kembali menemui penciptanya semalam. Sangat terkejut saya dengar sebab arwah tidak pernah dikhabarkan sakit. Tahu-tahu dapat berita telah kembali. Daripada Dia kita datang...kepada Dia kita kembali. Semoga sahabat saya kuat menghadapi ujian ini. Saya faham perasan kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan mengejut begitu. Lama juga baru boleh hadam yang mereka telah tiada. Bertambah sayu hati saya bila mengenangkan si kecil yang baru menjenguk dunia. Rasanya baru dalam sebulan dua begitu. Tidak mengapalah pasti Allah ada perancangan yang lebih baik buat si kecil.

Back to normal mood. Biasanya kalau dah lebih 15 Ramadhan radio akan start pasang lagu raya. Apa lagu raya kesukaan korang. Saya suka lagu-lagu raya evergreen. Apa? Macam orang-orang tua. Eh, yang evergreen lah yang best. Lagu raya yang baru-baru ni langsung tak ada feel. Macam ntah apa-apa jer. Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Hehehehe syok kan.

Jadi sempena hari raya yang bakal menjelma ini saya dah start kumpul sampul raya. Sampul jer lah. Isinya belum tentu lagi. Tapi buat kelima-lima anakanda tersayang harus akan mendapat habuan. Yang lain-lain tu untung sabut timbul untung batu tenggelam lah ek.

Sampul duit raya dapat daripada Paparich.


No comments: