Tuesday, August 11, 2015

Moment To Remember

Ini kerja kraft untuk si pencinta kraft. Jumpa dalam pinterest. Tapi diorang buat dekat towel. Kak Fifi naiktaraf buat dekat felt dan framekan. Memori sangat okeh. Bajet pindah rumah nanti (insyaAllah) nak gantung dengan satu kawasan wall. Wall tu nanti kak Fifi nak namakan "Wall of Memories". Wah gituh! Ha jangan tiru.

Oklah cerita panjang-panjang tak tunjuk gambar pun tak guna kan. Marilah kita show off supaya ada yang berdarah hidung cemburu dengan kehebatan idea kak Fifi.







Ha macam mana.

Comel dan cute tak? Ada banyak lagi tau kak Fifi nak buat. Itu baru suku daripada suku. Nanti bila projek "Wall of Memories"
tu dah siap kak Fifi update lagi.

So kalau ada sesiapa yang tertelan liur teringin nak juga buat kenangan memori melahirkan anak-anak syurga kalian rodger-rodgerlah kak Fifi [012-616.3705]. Kita bisik-bisik.

Monday, August 10, 2015

Kunjungan Sahabat

Ni cerita seminggu lepas raya.

Ada kawan Mr. Daddy dari Nilai nak datang raya dekat rumah. Hari Ahad malam sebab siang Sabtu dengan Ahad tu kitorang tak da dekat rumah.

Kebetulan hari Jumaat tu kak Fifi cuti. So amik kesempatan bersih and kemaskan rumah. Sebab nanti Sabtu Ahad dah confirm nak melangut. Pagi tu macam biasa hantar bebudak ni pegi nursery. Then breakfast dengan Mr. Daddy.

Then hantar Mr. Daddy pergi office sebab kak Fifi nak pakai kereta. On the way tu cakap dengan Mr. Daddy boring lah pergi beli barang sorang-sorang. Mr. Daddy suggest bawa Irfan, biar dia ponteng satu hari.

Terus shoot amik Irfan. Terkejut teacher dia. Ingat ada kecemasan sebab baru setengah jam sampai taska dah nak balik. Tapi tak bagitahulah pada teacher dia kenapa nak amik Irfan just cakap ada hal sikit. Irfan pun termangu-mangu baru sampai dah kena balik.

Pergi kedai kain dulu sebab mami dia dah gian nak menjahit balik. Sekali dalam mall tu diorang guna boboboy sebagai mascot raya. Apalagi excitedlah Irfan. Laju-laju mintak amik gambar. Layankannnnn




Pun dia tak berapa puas hati sebab feng dengan ying tak jumpa. Tak koser maknya nak merayau satu mall tu mencari Feng dengan Ying. Akhirnya Irfan pun pasrah.

Terus balik rumah. Sampai rumah doklah sibuk mengemas, susun atur perabot sebab macam dah bosan jer susunan yang ada tu. Konon-kononnya deco-deco apartment. Rupanya Irfan pun naik shaikh. Sibuklah dia pun nak menolong juga.

Ok biarlah dia buat. Tinggal sekejap sebab nak pergi masak. Sibuk kelentang-kelentong dekat dapur tak adalah tengok apa si bujang tu buat dekat depan. Sekali intai..... ya ampun.



Dia tengah sibuk dok menyental dinding yang dia conteng tu dengan wet tissue. Pitam ahkak. Habis seplastik. Nasib baik dia buka yang kecik jer. Bila tanya Irfan buat apa? Irfan bersihkan dinding kita ni kotor sangat, nanti uncle Din datang malulah rumah kita comot.

Ha tau pun malu. Redha jerlah. Nak marah pun tak guna. Lepas 20minit macam tu senyap jer... rupanya dah terlelap dekat sofa. Letih benor gamaknya nyental dinding walaupun sekelumit pun tak bersih kesan contengan tu.

Hailah anakkkk *insert smile and love emoticon*

Saturday, August 8, 2015

Sambung Raya Kedua

Ok sambung balik raya kedua.

Raya kedua pagi tu tak ada buat apapun. Melepak dekat rumah tengok tv. Tapi rasanya tahun ni rancangan tv raya pun tak sehebat mana. Ke aku jer yang rasa macam tu. Drama raya pun stok recycle drama yang dah sepuluh kali tayang dekat tv. Filem jangan ceritalah.

Oleh kerana tahap keboringan tidak boleh lagi dibendung maka petang tu beramai-ramailah kitorang keluar pergi tengok wayang. Tengok dekat TGV Jaya, PJ. Mall yang kren runtuh masa dalam pembinaan tu. Sebelah Digital Mall.

Confident dari rumah keluar pukul 2.00 nak tengok minions start pukul 2.45. Konon-kononnya sekangkang kera dari rumah. Masuk UM boleh pintas, dekat dah nak ke Jaya. Sekali ko tiga-tig gate kelur UM tu tutup. Gate masuk jer buka. Boleh pulak guard dekat gate masuk tu senyap jer tak cakap apa-apa.

Penyudahnya lambat juga sampai Jaya sebab berpusing-pusing. Tapi mujurlah masa sampai tu movie belum start tengah tayang iklan.





The group. Lagi sorang adik tak mau join. Ajak juga mama tapi mama tak mau sebab mama tak suka bunyi kuat. Tapi mujur juga mama tak ikut sebab seat kitorang tiga baris dari depan. Memang meletop-letoplah bunyinya. Mujur tak mendongak sebab hall kecik.

Irfan dah biasa masuk panggung so dia ok jer. Behave. Nuha, mami, daddy first time. Jakun sikitlah. Tapi Nuha memang good girl. Behave. Langsung tak buat perangai. Maybe sebab cerita yang dia suka tengok. Next time boleh tengok movie lagi.

Begitulah kekdahnya kami menghabiskan raya kedua. Dannnnn raya ketiga kembali ke Putrajaya sebab raya keempat dah masuk kije.

InsyaAllah tahun depan dapat cuti raya lama sikit.

Raya Pertama, Kedua dan Ketiga

Oleh kerana tahun ni raya tak ke mana-mana jadi aktiviti paling bermakna kitorang adalah lepak, makan, tidur zzzzzZZZZZZ

So raya pertama pagi lepas semua dah balik dari sembahyang raya kitorang buat sesi wajib "raya picture"



My little family. Tahun ni sebenarnya tak da tema-tema. Main beli, main buat jer. Baju melayu Irfan masa beli warna purple tu yang ada saiz. So rembat. Baju Nuha tu dia sendiri pilih kain. Minah tu memang forever pink. Layan kan je.

Sampai sehari sebelum raya korek balik kotak simpanan sebab nak cari baju melayu Mr. Daddy. Mula-mula dia nak baju melayu warna purple. Korek punya korek tak jumpa. Baru teringat baju tu dah bagi kat orang.

Korek balik jumpa baju melayu warna pink. Baju kahwin dulu. So amik yang tu biar sama dengan Nuha. Kalau me pun pakai baju pink nanti Irfan pulak tak ada kawan. So kak Fifi pun selak lemari baju keje jumpa jubah purple yang pakai hari-hari gi kerja. So amik jer.

Maka jadilah berpasangan begitu.



With mama the gorgeous. Siapa pandai teka umur mama.



The whole family. Adik-adik kak Fifi sumer single-single lagi.



Then pergi kubur. Balik kubur kitorang empat beranak jalan-jalan round KL. Lengang kot KL kecuali warga asing. Sekali pusing punya pusing Mr. Daddy boleh pulak dia masuk mex. Terus balik Putrajaya. Nasib raya pertama tu tol MEX free. Lepas semayang Jumaat balik KL balik.

Begitulah adanya cerita raya pertama kak fifi and the geng.

Thursday, August 6, 2015

Saki-baki Yang Akhirnya Tak Berbaki

Akhirnya si pemalas ni update juga blog dia. Sebenarnya keinginan masih tinggi nak kekal berblogging tapi itulah.... *insert 1001 alasan*

Awal minggu hari tu ada meeting pasal nak organize jamuan raya. So dalam meeting tu adalah sebut pasal menu wajib dengan menu potluck. Salah satu menu potluck ialah kek cekelat.

Automatik terus teringat dekat rumah ada lagi tepung kek cekelat moist. Sebab hujung minggu tu beli kek cekelat yang instant tu.

Dah guna separuh, so ada lagi separuh. Lalu dengan keazaman yang berkobar-kobar balik kije terus singsing lengan.

Bajet sangat....

Padahal...

Tapi kak fifi memang sukalah buat kek pakai tepung instant tu. Senang, mudah dan sedap. Diakui kesedapannya oleh kanak-kanak riang.

Sebelum maghrib bancuh, masuk dalam oven. Tinggalkan pegi mandi, smayang. Lepas 35min... keting! Siap 😊

Hasilnya....



Mewahkan cekelat cair kak fifi. Yang tengah tu dah kena colet dengan bebudak. Tak sabooooooo 😙