Thursday, May 2, 2013

Gathering

Untuk novel-novel saya.

Kemaskan satu bilik yang paling kecil.
Sebab nak jadikan bilik kerja dan menjahit.
So tak adalah bersepah-sepah benor rumah tu bila saya dah start projek.

Kemas sekali rak buku.
Usap-usap novel kesayangan.
Dah ada beberapa novel yang hilang.
Akibat dipinjam tetapi "lupa" untuk dipulangkan.

Maka sebelum makin banyak novel-novel tu ghaib baiklah disimpan.
Carik kotak besar sumbat semua dekat dalam.
Kita andaikan novel-novel itu sedang gathering.
Mesti diorang happy kan.
Selamat bersemadi novel-novel ku.
Andai ada jodoh pasti kita akan bersatu semula.
Tenang lah kalian di dalam stor.
Nanti ku pasangkan pewangi agar kalian tidak berbau kusam.
Dan juga ubat lipas.

Wednesday, May 1, 2013

Her First Solid Food

Last Wednesday (24.4) Nuha turn 6 months old.
Yeay...
Kejap jerrrrrr.
Dah 6 bulan maknanya dah kena start solid food.
So saya decided first solid food untuk Nuha adalah fruits.

Buah pertama yang menjadi pilihan adalah Papaya.
Sebab menurut pakar laktasi baby, P's fruits should be ok for baby.
Macam Papaya, pear, peach etc.
Ok tu maknanya berkenaan dengan sistem penghadaman baby.

So saya try papaya.
Kenapa papaya?
Sebab masa preggy kan Nuha suka makanan kampung jadi saya assume taste Nuha adalah kekampungan.
Eh, dah macam mengutuk diri sendiri pulak.
I kan kg.com

Smiley papaya.
Blend guna baby bullet.
Sungguh halus kisarannya macam pes.
Tak payah tambah air.

Dah bagi dah Nuha makan.
Elok jer dia makan.
Habislah satu bekas tu.
Papaya tu pun rasanya manis.
Lagi dua bekas bekalkan untuk nurseri.

Meh kongsi menu papaya blend.
Cari sebiji buah papaya.
Organik lagi baik.
Buang kulit.
Cuci bersih.
Blend bagi hancur.
Sebaiknnya hancur betul-betul sebab baby belum pandai kunyah dan kita pun tak tahu proses penghadaman dia macam mana.
Isi dalam beberapa bekas.
Then boleh bekukan.
Makanan baby yang dibekukan boleh tahan sebulan dengan syarat masa blend jangan campur apa-apa.
Blend betul-betul buah tu sahaja.
So sampai masa makan, keluarkan dan rendam dalam air panas atau biar cair sendiri.
Mudahkan.


Tuesday, April 30, 2013

Aku Anak Kampung

Dan tekak ku juga tekak kampung.
Saya adalah seorang yang saaaaaaaaaaaaaaangat tidak berani mencuba makanan-makanan yang asing pada pandangan mata saya apatah lagi tekak saya.
Kalau di pendengaran telinga bunyinya saja sudah pelik pasti di tekak juga rasanya pelik.
Wahhh syoknya buat andaian sendiri.

Berbeza dengan MR. Daddy.
MR. Daddy memang berani mencuba sesuatu yang baru.
Macam sushi.
Yap, ini bukanlah makanan yang baru.
Tapi baru untuk tekak saya.
Hampir sepuluh tahun kenal dengan MR. Daddy barulah last week dare to try sushi.
Itupunnnnnnnnnnnnnnn tempura sahaja.
Kahkahkahkah!!!

MR. Daddy kata langsung tak sushi.
Ada aku kisah.
Yang penting makan dalam kedai sushi.
MR. Daddy memang happy lah.
Sebab dia memang gemar sushi.

MR. Daddy ngap yang ini dulu sementara tunggu order dia sampai.
Sotong yang bawah kiri tu dia ngap dua piring.
Tajuk semua mak Jemah tak tahu.

Yang ni yang MR. Daddy order
Atas kiri tempura.
Itu habis semua saya yang belasah.
Atas kanan tu nasi dengan chicken.
Bawah tu ntah.
Pun tak tahu tajuk.

This is mine.
Nasik dengan ayam.
Ayam?
Tak sushi langsung kannnnn.
Tapi ada ku kisah.

Maka lepas ni bolehlah masuk sushi kalau nak makan-makan.
Sebab tekak saya boleh terima tempura dia.
Maknanya Irfan pun ok lah.
Taste mamat tu sama dengan taste saya.

Monday, April 29, 2013

Matematik Sungguh

Last Thursday cuti.
Pagi tu hantar MR. Daddy pergi office.
Tapi sebelum tu pergi JPM dulu.
Sebab nak pergi BPH.
Ada urusan kuarters.

Sekarang nak masuk JPM agak ketat sikit kawalannya.
Sebelum masuk tu kena pergi lapor diri dulu di balai pengawal.
IC kena tinggal.
Then kena berdiri tegak sebab nak ambil gambar.

Masa Q nak ambik pas masuk tu, mak Jemah tengok sorang sorang berdiri ambil gambar.
Lepas dah beri IC tu dia beri pas masuk sementara.
Nanti nak keluar pulang balik pas, ambil balik IC.

Ok, sampai BPH terus pergi buat urusan.
Dah selesai tu nak balik.
Masa dah masuk dalam lif, nak tekan button lif terus macam...

Negatif?
Button lif pakai negatif.
Mak Jemah suspek okeh!
Sungguh otakmu otak Matematik.

Saturday, April 27, 2013

Mula Berjinak-jinak

Irfan kalau bagi iPad memang dia akan diam leka.
Dengan syarat apa yang dihadapnya tu mesti benda baru.
Kalau game dia nak yang baru.
Kalau youtube pun dia nak yang baru.

Tapi idaklah setiap masa saya bagi dia menghadap iPad.
Dia pun idak setiap masa gigih nak menghadap iPad.
Dapat menjongkit dia lagi seronok.
Heaven!

Now, si Nuha pulak.
Dah pandai jugak tengok movie dalam Tab.
Kalau pasang movie dalam tab tu elok jer dia tonton.
Pasang cerita cartoon yang warna warni, cute-mute dan banyak bergerak.


Syok jer dia.
Sekali pandang sebijik abang dia masa umur baya-baya Nuha ni.


Ini pagi esoknya.
Tinggalkan kejap pergi basuh pinggan.
Sekali dengar senyap jer.
Kalau tidak bising mulut dia.
Sambil menonton sambil bercakap.
Sekali masuk tengok dah elok lelap.
Bagus sungguh.
Senang kerja mak ko ni.