Friday, December 7, 2012

Habis Sudah

Hari ni genap Nuha Syarafana 44 hari.
Bermakna hari ini juga mami habis pantang.
Hip hip hoorey
Hip hip hoorey
*lompat bintang*

Oh baru teringat nak kena beli ampaian kain baru.
Hanger untuk baju-baju Nuha pun perlu juga.
Nak cari kain sebab dua minggu lagi adik nak bertunang.
Wah tiba-tiba jer banyak barang nak beli.
Walhal selama hari ni elok jer boleh duduk rumah diam-diam.
Adik nak bertunang kakak anak dua yang sibuk nak bergaya.

Tapi dalam pada tu ada jugak rasa malas nak keluar berjalan.
Kononnya!
Sebenarnya kalau ikut trend Irfan dulu lepas 3 bulan baru saya bawa dia keluar.
Nuha ni tak tahu macam mana.
Tengoklah esok.
Kalau MR. Daddy ajak keluar, maka keluarlah kita.
Idak kalu duduk saja diam-diam dalam rumah.

Kesian dekat Irfan.
Selagi maminya tak keluar selagi itu dia pun tak akan dapat keluar.
Setakat pergi-balik nursery jerlah.
Dengan sekali sekala mengopi di mamak.

Apa-apa hal kita update esok, keluar atau tidak.
*peace*

42 hari


1 bulan


6 hari
Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, December 6, 2012

Istanbul Ahkak Datang



Mia ha ha ha ha
Habis sudah tonton Istanbul Ahkak Aku Datang.
Actually sebelum ni nak tengok Aku Terima Nikahnya.
Ramai komen cerita tu sedih.
Sekali ahkak bukak nak tengok dek non, Allah romantik de amour sangat.
Ahkak tertipu!!!
Cancel.
Ahkak cerita romantik sangat nih memang cannot gi.
Sikit-sikit tak per, tapi kalo ober the sea...cannot cannot.

Eh MR. Daddy pun sebenarnya romantik.
Tapi apalah malang nasib dapat bini yang keras kejang.
Awal-awal dah sound, anniversary ker birthday ker no flower-flower, no cekelat-cekelat.
Itu semua ahkak boleh beli sendiri.
Kalau mahu surprise kalu kasik ahkak hendphone ka sebijik, laptop ke, kereta pun ahkak terima.
Ha baru betul terkujut.

Oh lari tajuk.
Mari kembali ke pangkal jalan.

Istanbul Aku Datang nih, kira ok jugak.
Tak ober sangat.
Cerita cinta komedi yang ringan.
Mean kau tengok tak payah fikir.
Just enjoy the story.
Haruslah enjoy kennnn abang Beto ada di situ.


Oh Tomok pun not bad.
Oklah berlakon.
Idaklah keras benor.
Hiduplah kiranya lakonan dia.
Wah...orang buta seni bagi komen...kemain kennnnn.

Actually watak Dian tu awalnya milik Fazura.
Sayangnya Fazura telah menolak sebab katanya ada babak dalam filem tu melanggar prinsip dia.
Dia tak moh berlakon kalau kena pelok-pelok dengan pelakon lelaki.
Amboi...orang nak jadi "puteri" haruslah kennnnnnnnnnn.
Ahkak memang tak sayang mulut nih!


Siapa nak tengok ada link ahkak selitkan.
Enjoy the movie.

Wednesday, December 5, 2012

Rabu Yang Bisu

 

Tuesday, December 4, 2012

Terlanjur Cinta

Sekarang tengah layan drama Terlanjur Cinta di TV9.
Sebenarnya saya jarang tengok drama-drama cinta ni.
Sebab tahap romantik cerita Melayu ni di luar tahap penerimaan saya.
Tapi kali ni macam boleh pergi pulak.

Alasannya?
Sebab heronya Aqasha.
Entah sejak bila melt dengan Aqasha ntah.
Tetiba jer kalau dia berlakon jadi wajib tonton pulak.
Penangan Dejavu Di Kinabalu mungkin.
Tapi apapun abang Beto tetap di hati.

Aqasha

Bila tengok drama ni terasa macam pernah baca novel yang jalan ceritanya seakan-akan sama.
Tapi tak ingat pula apa tajuk novel tu.
Benarkah adaptasi novel atau kebetulan cuma.
Itu kena tanya Eirma Fatima.

Pelakon utama Terlanjur Cinta ni sama dengan pelakon utama Dejavu Di Kinabalu.
Tukar heroin jer dari Tiz Zaqyah kepada Siti Saleha.
Juga come-back oleh Raja Ema.
Tak tahulah boleh ke mengikuti cerita ni sampai penghujung.

Raja Ema, Aqasha, Siti Saleha

Zul Ariffin, Aqasha, Nazim Othman

Antara barisan pelakon Terlanjur Bercinta

*All pictures taken from google*

Monday, December 3, 2012

Siblings

Muhammad Irfan Haziq
Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Hari Ahad pukul 2.15 petang melalui pembedahan.

Nuha Syarafana
Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hari Rabu pukul 9.30 malam

Wajah kedua-duanya saling tak tumpah saat selepas dilahirkan.