Wednesday, March 29, 2017

Telekung....Lagi

Tempahan terbaru Telekung Nuha

Yang ini dari jiran Putrajaya...untuk anaknya umur 3 tahun kalau tak silap.

Nak warna purple.

Dan hasilnya...




Jom tempah juga untuk puteri kita. Biar dia happy nak menunaikan solat...ada dari saiz seawal usia 3 tahun. Ramai yang dah berpuas hati dengan Telekung Nuha ni tau...

Boleh whatsapp kak jeng untuk tempahan 012.616.3705 atau klik je link Tempahan Telekung untuk tau info lebih lanjut.

Tuesday, March 28, 2017

Tempahan Baju plus On Demand Shawl

Lagi tempahan baju package dengan shawl.

Kali ni customer kata dia nak shawl ala fareeda. Kak jeng ok saja.

Bajunya dia nak blouse 2 in 1. Maksudnya pakai dengan kain boleh dengan seluar pun boleh. Macam biasa kak jeng ok saja.

Then kainnya pula jenis kain batik sarawak ke sabah ntah. Yang ni dia nak kain duyung...pun kak jeng layan kan saja. Ya lah benda kita boleh, kita ok lah...yang tak boleh buat tu kita kenalah tanya dengan sifu.

Masa untuk menunjuk-nunjuk kikiki






Somel tak? Somel tak?

Eh eh ada yang nak tempah juga ke. Meh lah whatsapp kita

6012.6163.705

Insya Allah jahitan kemas dan berpuas hati. 


Monday, March 27, 2017

Pilihan

Wowww...dah Monday

Kalau sebelum ni selalunya Monday mesti nak blues, ntah napa ntah...gedik benor.

Tapi since last two weeks setiap Monday tak sempat pun nak blues. Mana taknya dari celik biji mata sampai tutup balik sibuk dengan urusan peribadi.

Dan pagi Isnin ni ada appointment dekat Cheras dan esok appoinment dekat Salak Tinggi. Syok juga bila kerja sendiri ni cuma penat sikitlah terkejar-kejar.

Dah kau yang pilih maka hadaplah kannnn

Semua pekerjaan pun sebenarnya ada pro and con nya. Tinggal kita je yang kena pandai manage sebab kita yang pilih kan...InsyaAllah kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh apapun pekerjaan yang kita buat pasti akan membahagiakan.

Sebaik-baik pekerjaan adalah yang paling dekat dengan hati kita, yang menggembirakan kita. Sebab hati yang gembira adalah hati yang paling mudah untuk ikhlas...

Sekian tazkirah pagi Isnin dari Kak Jeng

Saturday, March 25, 2017

Tukar Selera


Kononnya....
Ini beberapa minggu yang lalu. Waktu bila tanya semua orang nak makan apa semua bagi jawapan standard tak tahu.

Ko ingat tak panas hati bila orang jawab tak tahu.

Makanya...

Kita sediakan je makanan ikut sedap tekak kita siapa complain or mogok tak nak makan sila duduk jauh-jauh. 


Ha ini namanya menu acah-acah diet. Makan sayur je tapi ada juga ayam panggang di situ dan telur dada racik.

Tapi tak jadi nak marah sebab semua yang duduk dekat meja maakn tu memang makan sampai licin. Tanjat gegirl. Ingatkan menu acah-acah diet ni tak laku...sekali laku keras kau!

Either sebab menu baru or lapar sangat or takut mak ko ijo

Kihkihkih

Friday, March 24, 2017

OMG Akhirnya

Setelah mengharungi banyak cabaran dan rintangan akhirnya siap juga palazo idaman kalbu kih kih kih drama sangat nih.

Banyak benar rintangan nak menyiapkan palazo ni. Bukannya apa, asal bentang je kain asyiklah terfikir "eh baju orang ni nak ambil dah." Penyudahnya lipat balik, buat dulu baju orang.

Atte macam mana nak siap palazo kita. Tetapi akhirnya berjaya juga *insert tepuk tangan*

Jadi mari berkenalan dengan palazo kak jeng *kenyit mata*






Apa macam? Gorgeous tak? Ada ke yang berkenan. Meh lah calling-calling kak jeng...bisik-bisik dalam whatsapp pun boleh tau. Saiz boleh dirunding sebab ini custom made so memang buat ikut saiz you all.

Material???

Kak jeng guna soft cotton tapi kak jeng ingat nak try jugaklah yang material untuk seluar lelaki tu...kot-kot lah lagi mengancam...ye dak.

Dannnn

Kak jeng juga ada try buat seluar style selain palazo. Saja test bakat...Yang itu next time kita show off okeh.

Saturday, March 18, 2017

On Demand Shawl

Kosong atau bermanik atau hiasan rama-rama. Anda tentukan. Begitulah cara on demand shawl dari kak jeng. Alahhhh macam subway tu.

Pilih roti-pilih daging/ayam-pilih sayur-pilih sos-bayar.



InsyaAllah coming soon blouse package dengan shawl di ebysafiahberbelog.blogspot

Friday, March 17, 2017

Keinginan

Tahun ni kak jeng dengan family konon-konon nak pakai tema merahnya makngah untuk raya nanti. Dan kak jeng pun konon-kononnya tak nak dah pakai baju kurung tahun ni. Bajet sangat!

So google sana google sini jumpa kain batik Indonesia ni. Lalu ku jatuh cinta ❤


Terus menggedik-gedik nak juga. Start shout cari kain batik Indonesia...mujur ada kawan yang balik dari sana bawa bekal kain batik lebih sikit. Rezeki dong ☺

Jadi bermulalah pula angan-angan mat jenin. Konon-konon bila ku pakai begini akan berubah jadi seperti bunga citra lestari...pitam..!

Nanti kalau menjadi kak jeng tayang ye...macam biasalah, kena show off ye dak...

Kikikiki

Thursday, March 16, 2017

Geng Make-up

Hari tu bergambar dengan BFF, hari ni kita gambar dengan geng make-up pulak. Budak kecik ni mulut memang boleh tahan.

Dia, tiap kali nak keluar mesti nak make-up. Siap suruh bukak youtube tiru make-up orang tu. Kalau mami dia ni memang terror make-up tak pelah juga...ini hampeh!

Itu belum lagi dia suruh belajar tutorial hias rambut...fengsan mami nak. Banyak lagi kerja lain mami nak buat. Tak koser nak melayan...



Nampak tak make-up dia...over!

Wednesday, March 15, 2017

Penutup Minggu

Ini semua K.P.I minggu lepas. Alhamdulillah tercapai. Walaupun kerja sendiri K.P.I tetap perlu ada. Sebab kerja sendiri kita kena control diri kita. Banyak mana nak buat kerja, banyak mana nak berehat, banyak mana nak belanja, banyak mana nak berangan....semua atas kita.

Kerja sendiri ni disiplin kena kuat sebab tak ada siapa akan pantau kita kecuali diri kita sendiri. Sebab tu kena ada K.P.I so kita tahu target kita.


Minggu ni punya K.P.I pula macam mana? Insya Allah dah rangka. Kita tengok boleh capai ke tidak....

Tuesday, March 14, 2017

Idea

🙋😎😍💪


Decode if u can 😂

Monday, March 13, 2017

No More Monday Blues

A new begin...

new day
new phase
new journey
new task
new risk
new challenge
new idea

but I ready to face it all

Good morning Monday
Good morning people
Good morning beautiful

Saturday, March 11, 2017

Officially

Akhirnya...

Daftar juga nama baru. Atas perbincangan bersama MR. Daddy. Kalau nak ikutkan memang nak guna nama lama yang registered dengan bestfriend tu tapi business yang ni perlukan pinjaman. Jadi tak mahu melibatkan dan menyusahkan sesiapa kita jalan sorang.

But of course lah MR. Daddy ada dekat belakang, kalau tak kak jeng pun tak berani nak buat pinjaman business ni. Tak pernah merancang pun.

InsyaAllah semoga lepas ni semua yang kita harapkan, rancangkan, jadualkan akan berjalan secara lancar.

Yang penting kena usaha lebih sikit lah...ke lebih banyak.




Friday, March 10, 2017

BFF


Kalau time dia manja macam dia tak ada adik.
Nak kita belai-belai, usap-usap dia seorang.

Sekarang dah darjah dua
Tapi tetap rasa dia macam kecik lagi.

Nanti tiba-tiba dah besar
*sigh*



Thursday, March 9, 2017

Paling Lama Dalam Simpanan

Fuhhh...
Rekod simpan kain orang paling lama...lebih daripada tiga bulan. Biasanya dalam tempoh dua minggu ke sebulan je. Yang ni memang tak mampu nak mengelak.

Banyak habis masa dengan berfikir cara nak potong kain supaya boleh jadi baju seperti yang diminta oleh customer.

Kata customer kain ni dia beli di Brunei. Kainnya total 5meter. 

Tetapi...
Kain ni tidak dipotong 5meter terus, dipotong sekerat-sekerat. 1.25meter + 1.25meter + 2.5meter

Jadi...
Ia seperti puzzle yang perlu diselesaikan. Makanya lama lah masa yang diambil. Tapi bila dah jadi baju cantik pulak 😁
Cuma jangan salah faham ye, ini bukan baju pengantin...ini baju pakai pergi kerja.

Glamour kau 😇





Teringin juga nak buat baju lace gini...meh whatsapp kak jeng

www.wasap.my/60126163705/tempahanbaju

Polar


Polar ni kak jeng buat on demand.
Ada yang minta kita buat.
Ada pelbagai jenis polar.
Ada polar baju kurung biasa, baju kurung pesak gantung, baju kurung moden, seluar, skirt, shawl...eh macam-macam lah.
Whatsapp je kalau nak tahu.

www.wasap.my/60126163705/polar





Yang ni bukan polar customer...ini polar kak jeng.
Ni sebab lupa nak snap picture polar yang buat untuk customer so guna je lah gambar polar sendiri.

Ini polar untuk baju peplum kedut budak.
Yang ramai orang share-share dekat facebook tu kan.
Siapa rasa teringin nak try jahit baju sendiri raya ni boleh whatsapp kak jeng.

Oh nak tahu harga polar.
Murah je korang...bermula dari RM35.00 termasuk postage. Boleh guna banyak kali tahu. Tak rugi langsung membelinya. Worth the money 😉

www.wasap.my/60126163705/polar

Wednesday, March 8, 2017

Geram


Lama tak buat update.
Banyak kali try update dari phone tapi tak lepas.
Asyik error.
Lepas tu try update tanpa gambar, boleh.
Alahhh mana best update cerita tak ada gambar.
Tapi nak update guna komputer memang bercinta lah gamaknya.
Sebab persekitaran kerja adlah mesin jahit dan handphone.
Laptop buka kalau nak menyulam sahaja.
Nak setting design pun dah makan seharian, bila mananya nak mengupdate blog.

*sigh*