Tuesday, January 31, 2017

Telekung Lagi

Assalamualikum...

👋👋👋👋

Good morning cutie
Good morning gorgeous
Good morning beautiful

Masih dengan projek telekung.
Tak menyangka pula sorotan dari Telekung Untuk Puteri ada permintaan dari kawan-kawan facebook.

Alhamdulillah, rezeki kan 





Semua ni yang dah di hantar dan yang akan dihantar. Ada yang berkenan 😄

Boleh contact kak jeng untuk detail ye.

Kita bisik-bisik dalam whatsapp +6012 616 3705 

Kepenatan...Lalu Ketiduran

Assalamualaikum...
Hai, siapa kerja hari ni?

Wah rajinnya awak...macam kita 😉

Biasa petang-petang lepas balik sekolah, anak-anak memang dah ada rutin.

Yang abang terus pergi mandi, then kena siapkan homework.
Lepas abang mandi, adik pula mandi, then main dulu sorang-sorang sementara nak tunggu abang siap homework.

Adik ni sebenarnya bila main dengan abang mesti akan bergaduh tapi dia tetaplah tak boleh nak main sorang. Boring katanya.

So petang tu, tunggu punya tunggu si abang tak juga siap-siap homeworknya. Sekali mami masuk bilik tengok dah berdengkur rupanya.

 Yang si abang dan terlelap dekat meja study. Sambil buat homework sambil tertidur. Penat sangat agaknya. Sian bila tengok dia macam tu.


Jenguk pula si adik dalam bilik dia. Lahhhhh terlelap juga. Pancing masih di tangan. Apalah aktiviti dekat sekolah tadi sampai kepenatan macam tu.

Kadang-kadang kita rasa kita yang banyak berkorban untuk mereka tapi dalam tak sedar mereka pun banyak berkorban untuk kita. Masa yang sepatutnya mereka habiskan dengan kita, mereka habiskan di nursery atau dengan baby sitter.

Kita ada dengan mereka pun waktu malam je, itupun kita sibuk pula dengan urusan rumah tangga. Memasak, basuh kain, lipat kain, mengemas...

Semoga Allah pelihara mereka ketika mereka di dalam penjagaan orang lain dan ampuni kekhilafan kita sebagai ibu bapa 😢😞


Sunday, January 22, 2017

Melentur Bulu Biar Dari Rebungnya...

Hai...assalamualaikum.

Good morning.

What????

Dah hari Ahad. Cepat benor masa berlalu ha..

Hari Ahad macam biasa, hari mengemas rumah. Sebelum kita bergerak makan kenduri kita kasi settle dulu urusan rumah tangga.

Since abang Irfan dah besar, dah banyak kerja boleh minta dia tolong. Kalau sebelum ni dah boleh harap untuk vacum rumah, basuh pinggan, kemas bilik...la ni kita tambah lagi task.

Lipat kain!

OMG!!!

Task yang paling tidak digemari oleh kaum ibu 😝

Tapi sebelum tu, kita kena buatkan gadjet untuk dia dulu...barulah semangat tu membuak-buak ye dak.

Mula-mula kasi susun atas kotak gadjet hasil youtube oleh mami

Flip belah kiri

Flip belah kanan

Flip belah bawah

Tada..! Dah siap.
Jangan main-main seraga tau budak ni lipat. Lepas tu suruh dia susun cantik-cantik dekat tempat baju dia dengan baju adik.

Sonang kojo mak 😉

Happy weekend everyone...

Saturday, January 21, 2017

Hobby Lama

Good morning weekend...
Good morning all...

Nak ke mana hujung minggu ni. Kak jeng tak ke mana-mana sebab kerja melambak sangat. Cuma esok mungkin nak menghadiri kenduri. So hari ni kita pulun siapkan apa yang boleh disiapkan 😃

Baru-baru ni, dalam minggu ni jugalah...keluar makan di The Pulze, habis makan tu masuk MPH sekejap. Saja nak bagi anak-anak tengok buku. Kot ada yang berkenan kita belilah ye tak?

Pusing punya pusing terpandang dekat satu rak yang ada buku ni



Oih apalagi terus capai. Sophie Kinsella ni salah sorang penulis yang kak jeng suka baca. Tulisan dia santai dan funny.

Konon-konon sebab dah lama sangat tak membaca kita belilah sebuah kan. Salah satu hobby yang dah lama ditinggalkan. Balik tu terus landing atas katil. Nak baca katanya.

Sekali baru berapa belas muka surat dah hanyut tak sedar entah bila terlelap. Faktor usia sungguh 😓

Tak pe lah pelan-pelan kita baca...insyaAllah lagi sebulan dua habis lah buku ni dibaca 😛

Friday, January 20, 2017

Telekung Untuk Puteri

Haiiiiiiiiiiiiiii

Salam Jumaat yang barakah...

Bersempena dengan hari Jumaat ni mari kita bercerita pasal telekung 😄

Kisah telekung si puteri.

Cikgunya pesan supaya bawa telekung ke sekolah. Sampai di rumah dia beritahu tak nak bawa telekung putih tu, nak telekung baru warna pink.

Disebabkan tak nak dia murung pergi sekolah, kak jeng pun gigih jahitkan dia telekung baru warna pink malam tu juga. Mujur ada baki kain lycra warna pink. Aksesori kita guna saja apa yang ada dalam simpanan.

Dan hasilnya....


Kenalah letak jenama kita, ye dak.

Simple je asalkan si puteri berpuas hati.

Tambahan renda dan bunga kecil supaya tak nampak kosong sangat

Bahagian muka. Disebabkan dia ada dengan kita senanglah nak ukur muka dia so just fit je dengan dia.

Tali pengiat belakang. Pakai getah je. Tapi telekung budak ni kak jeng tak buat penutup dagu pun.


Up dekat facebook, sekali ramai pula yang berkenan.

Ramailah yang menempah. Oleh kerana buatnya pun tidaklah susah mana kak jeng pun terimalah tempahan dari kawan-kawan 😊

Ada dalam 12 helai semuanya. Dan berbagai warna...

Thursday, January 19, 2017

Roti Dah Siap

Assalamualaikum....

Hai hai hai

Amboi kemain ceria mood pagi ni kan
Eh yang benornya tiap hari pun ceria.
Kita kena elakkan diri kita daripada mendekati negative vibe ni semua tau...barulah hidup happy

Wah gitu!

Ok ok hari ini mari bercerita tentang mainan baru... the bread maker 😍

Dah jadi roti kawan-kawan weh...


Ini untuk saiz loaf 500g. Besar juga kan...

Sama you all macam beli dekat kedai, tapi of course lebih sedap sebab yang ini betul-betul fresh from the BM

Potong tebal sikit then buat french toast (betul ke aku eja)... pergh sedap weh, berebut dengan anak-anak.

Sarapan pagi anak-anak...cicah air milo pun jadi
Lepas ni kita cuba roti lain pulak. Lepas tu buat dough. Macam biasa dah jadi nanti kita tepek sini deh.

Wednesday, January 18, 2017

Akhirnya Pilihan Hati Pelanggan

Assalamualaikum...

Alamak terputus dua hari tak mengupdate
So hari ni ada ruang kita selit aktiviti mengupdate blog ✌

Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja office dan kerja jahit-menjahit. Memang agak terkejar-kejar. Kadang-kadang tak sedar terlelap. Letak je kepala terus hanyut.

Salah satu yang disibukkan; menyiapkan tempahan baju pelanggan. Pelanggan yang seorang ni tempah baju kurung Pahang bersulam. Sebelum ni kita dah buat beberapa corak untuk try design dan warna.




Lastly tunjuk design dan corak yang ini sebab daripada ketiga-tiga design yang dah dicuba tu nampak tak berapa kena. Mujur juga customer kak jeng setuju.

So sekarang kita tinggal buat full version untuk customer tu. Nak ambil hujung minggu ni tau...Harap-harap boleh siap.

Nanti bila customer dah terima baju dia kak jeng upload gambar full version deh... 😉

Sunday, January 15, 2017

Mainan Baru

Mainan baru ni bukan untuk anak, tapi untuk dapur mak 
😋😍

Dah lama mengidam nak beli tapi dia punya fikir makan nak dekat setengah tahun. Asyiklah belek harga...lepas tu balik google pro and con. lepas tu check dekat youtube mana paling efficient untuk si pemalas macam aku ni.

Cari pula yang mana paling berbaloi beli. Baca pula review pengguna-pengguna jenama yang dah masul list 😓
phewwww mana tak makan tahun...

Akhirnya sebagai pembuka azam tahun baru 2017 kita grab juga sebuah


Introducing our kitchen's new member White Kenwood Bread Maker 😘

Tapi tak dan guna lagi sebab masa beli tengah sibuk kemas rumah. InsyaAllah sehari dua ni kita try naaaaa nanti kak jeng show off hasilnya...kalau menjadilah 😛

Saturday, January 14, 2017

Cabaran Menyulam

Menyulam ni walaupun bunyinya mudah sebab dah guna mesin auto tapi masih ada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi.

Nak buat setting, nak edit design, nak mix and match...semua ni yang ambil banyak masa.

Itu belum kita kena deal dengan customer. Iyelah kita kenalah tanya pendapat dia, corak mana yang dia berkenan. Warna benang yang mana yang dia nak. Semua tu kena deal dengan customer sebab baju tu nanti dia yang nak pakai.

Kadang-kadang benda-benda macam ni pun dah ambil seminggu dua. 

Itu belum lagi nak menyulam di atas kain bercorak. Belum deal dengan customer, kau sendiri dah sakit kepala 😔


Menyulam atas kain bercorak ni kena banyak main dengan warna sebab kalau salah pilih warna nanti corak yang disulam tu akan tenggelam. Rugi je kan bayar mahal tapi corak sulamannya tak nampak

Corak pun kena dipelbagaikan supaya customer ada beberapa pilihan untuk dipilih. Bila customer happy, kita pun senang hati nak buat.
Nak hantar tempahan sulam? Boleh contact iols untuk bincang-bincang
🢂 012 616 3705

Friday, January 13, 2017

Anak-anak

Bila dah jadi emak-emak ni apa pun yang kita buat, yang kita makan, yang kita beli mesti teringat kat anak-anak.

Minggu-minggu awal tahun baru ni, Irfan sekolah sehari je. Sebab dia kena athma attack yang agak teruk. Kali ni memang ke hospital ambil nab. Mujur tak admit.

So weekend pertama tahun ni, ingat nak sambung kemas rumah tapi dia minta keluar. Nak cari buku cerita katanya. Tak palah...kita layan kan saja.

Pergi bawa ke Popular Nilai, kebetulan ada urusan di sana. Kemain happy dia. Lupa sekejap yang dia tak berapa sihat.


Komik boboiboy ni yang dia pilih. Tak kisahlah Irfan. Janji minat membaca tu ada. Tak menyabar, masuk je kedai makan terus membelek buku dia. Excited lah tu.



Yang si adik pun sure tak nak kalah. Pilih juga sebuah. Nak beli buku mami tak kisah, asalkan tahu mana nak simpan.... mami ok saja.

Sebelum masuk Popular tu berangan juga nak cari sebuah buku untuk diri sendiri tapi duk terpikir, kang beli bila masanya yang aku boleh baca buku. nak berehat pun tak cukup masa...ada hati nak belek buku. Belum habis muka surat pertama sure aku dah berdengkur dulu.

Krohhhhh...krohhhh...kroh.....

Thursday, January 12, 2017

Pemegang Telinga Kuali

Halloooooooo
Assalamualaikum 😚

Ini hari kita sharing tutorial simple pemegang telinga kuali.
Rumah kau kalau ada kuali yan gjenis telinga togel tu memang jenuh nak angkat alihkan, lebih-lebih lagi kalau baru lepas masak.
Panas nak mampos.

Tapi kau jangan risau lepas ni eksyenlah kau nak angkat kuali dah tak panas lagi.

Ayuh kita mulakan recycle projek kita ini.

Mula-mula kau kena keluarkan dulu seluar jeans lama kau. Kalau kau sayang amat pada seluar jeans kau tu, kau ambik seluar jeans laki kau. Tapi jangan bagitau dia 😉

Kau tempangkan sebelah. Kalau kau nak buat kan sekali untuk jiran tetangga kau tempangkan dua-dua belah. Lepas tu cepat-cepat kau hapuskan bukti, kang laki kau balik kantoi pulak.

Lepas tu kau leraikan. Seluar jeans ni tebal, kalau gunting kau power kau potonglah dua lapis...kalau tak, kau ikutlah cara kak jeng ni. Tangan kau pun tak melecet pegang gunting.

Potong bentuk bulatan dua keping. Ini kau akan dapat sepasang. Kalau kau terlalu rajin, kau buatlah 40 keping. Lepas tu kau jual 2 seringgit ✌

Dari bentuk bulatan tu kau lipat dua.

Lepas tu kau lipat lagi dua

Kau cari macam bahagian yang kak jeng tunjuk ni. Ha kau rapatkan bahagian ni lepas tu kau jahit. Jahit tangan lagi elok. Kalau kau ada jarum dan benang untuk jeans kau jahitlah mesin...kau kan eksyen.

Ha inilah bentuknya bila dah siap. Yang reben oren tu tali penggantung...saja je kak jeng tak bagi tahu dari awal tadi, nak surprise kan kau...😆

Nampak, kak jeng yang rajin dan kreatif ni pun buat dua pasang je...kau pulak yang yang acah-acah rajin siap nak buatkan untuk jiran.

Eksyenlah kau lepas ni angkat kuali dah tak panas lagi... 😁

Wednesday, January 11, 2017

Baju Paling Lama Dalam Simpanan

Since bilik jahit dah beroperasi semula...kita teruskan dengan misi-misi menyiapkan baju pelanggan sebelum datangnya tempahan raya.

Itupun dah dua slot ditempah. Dua-dua slot untuk tiga beranak so total dah enam pasang.

Oh yang dah nak bersiap-siap untuk tempah baju raya tu bolehlah calling-calling iols sekarang.
➔012 616 3705
Lambat kalu slot penuh 😏

Ini cerita baju paling lama yang aku simpan dalam pejabat jahit mini ku ini...disebabkan tuan baju ni tak dapat nak beri kata putus pasal baju dia. Rasanya ada kot nak dekat tiga bulan ke lebih lagi.

Baju kurung kain sari
Ini kain sari memang betul-betul datang dari India. Cuma dalam satu kain tu ada dua corak bercantum so untuk tidak menjadikan dia haru-biru kita buat satu corak untuk baju dan satu corak lagi untuk kain. Maka terhasillah baju kurung ini.

Tak sabar nak hantar baju ni pada tuan dia 😍
Semoga berpuas hati.

Tuesday, January 10, 2017

Tugas Pertama Tahun Baru


Assalamualaikum...

Dah masuk minggu kedua dah ni. Ada yang dah bertukar  umur pun kan 😌

Minggu lepas gigih kami kemas rumah. Ingatkan dalam dua tiga hari boleh siap. Rupanya tidak ye... Sampai ke hari ni masih ada bahagian yang terbengkalai. Rasanya lagi penat daripada pindah rumah.

Kisahnya...
Tahun ni nak bagi anak-anak ada ruang masing-masing. Since rumah tu ada tiga bilik so cukup bilik untuk setiap orang.

Jadi minggu pertama ni kononnya nak pulun kemas stor dulu, then kemas bilik untuk Irfan lepas tu baru untuk Nuha. Akhir sekali baru bilik untuk kitorang.

Unfortunately kemas stor sahaja dah makan 2 hari. Dengan Irfan yang tak sihat nya. Ulang-alik hospital bawa dia. So banyak kerja jadi tertangguh. Tapi misi memberi dia bilik tetap dijalankan.


Macam baru pindah kan...cuma penat dia lagi parah dari baru pindah.

Budak semput
Akhirnya kerja-kerja pembersihan 90% selesai. Ada beberapa bahagian yang kecil-kecil yang belum dapat diselesaikan lagi. Tapi InsyaAllah sebelum berakhirnya bulan satu ni akan ku pastikan semuanya selesai dan sempurna. Tak larat dah tengok rumah macam kapal karam 😂

Thursday, January 5, 2017

Kau, Aku dan Mereka

Hai 👋👋👋





Siapa yang selalu macam ni?

Terus tersenyum walaupun diri sendiri terlalu terluka.

Kadang-kadang kita ditinggalkan tanpa pilihan

Nak atau tidak, pilihan yang tinggal untuk kita adalah teruskan melangkah.

Kita tegur, kita salah.

Kita diam pun, kita salah.

Sebab manusia hanya akan mendengar bila dia rasa dia mahu mendengar

Selebihnya mereka lebih suka menghukum.
Sebab itulah perkara yang paling mudah untuk dilakukan
Mengangkat jari dan menunjukkannya kepada orang lain....

Wednesday, January 4, 2017

Tempahan Sulam

Selamat Pagi
Assalamualaikum
🌞😇

Siapa suka baju dia bersulam.

Tak kisahlah sulam kerawang atau sulam biasa.

Haaa ni nak cerita ni.

Kedai jahit kami ada tawarkan tempahan sulam.
Nak jahit dengan baju sekali boleh,
Nak tempah sulam sahaja pun boleh.











Ha ini antara contoh sulaman yang kami dah buat.
Harga upah untuk tempahan sulam (tidak temasuk upah jahit baju dan postage)
Harga ni kami kira berdasarkan corak sulaman dan jenis baju.
Kenapa kami kata termasuk postage?
Sebab ada pelanggan yang menghantar baju siap untuk kami sulam, jadi penghantaran melalui pos itu kami masukkan ke dalam akauan pelanggan.

Nak tempah sulam???

Boleh hubungi kami melalui whatsapp +60 12 616 3705