Thursday, October 23, 2014

Bila Waktu Baik

Assalamualaikum...

Lama tak sembang pasal dua beradik ni. Si abang yang cewek, hati lembut dan penyayang. Si adik yang garang, baran dan manja. Inilah dua orang harta dunia akhirat saya.

Berdua ni bila tengah baik, baik sungguh-sungguh. Main sama-sama, sharing semuanya, tidur peluk-peluk, makan kongsi-kongsi. Eh memang baik betullah. Bila main tu kemain gelak tak ingat.



Itu tengah baik. Siap baring dekat peha abang. Abang pulak kemain baik usap-usap kepala adik.

Tunggu nanti bila datang rasa tak puas hati ke, ada yang tak kena ke, si adik punya jerit boleh berdengung gegendang telinga. Kang mulalah ada yang menangislah, ada yang merajuk. Finin mak inchik.

Selalunya saya buat tak layan jer. Penat kang tahulah diorang berenti. Kekadang tak ada benda pun. Saja menjaki satu sama lain. Adik diam, abang kuis. Kang abang diam adik pulak cuit. Cari pasal kata orang. Sebab tu malas nak layan.

End up mesti mencari juga satu sama lain. Gaduh macam manapun salah seorang tak boleh hilang. Sebab tu pepatah ada sebut, air dicincang tak akan putus...

Wednesday, October 22, 2014

Birthday Si Bongsu

Assalamualaikum.

Hai uolsss...

Macam biasalah kan menjelang tengah malam berkobar-kobar lah aiols mengupdate blog. Masa tu lah datangnya idea mencurah-curah. Semua benda nak cerita, semua benda nak kongsi, semua benda nak update.

Kali ni cerita pasal awal bulan dulu. Kejadian masa raya haji tu. Hari Jemahat tu dari office terus balik rumah mak sebab pagi raya tu nak gerak balik rumah ibu pulak. Ada makan-makan kisahnya. Tak tahupun rupanya sempena birthday adik saya yang bongsu tu.

Birthday dia jatuh sehari sebelum raya haji. Kalau ikut kalender Islam pulak, dua hari sebelum raya haji tu birthday si Nuha. Genap dua tahun. Oleh kerana semua orang boleh balik raya haji tu maka ibu buatlah jamuan kecil ahli keluarga untuk celebrate birthday si bongsu tu. Rasanya ini kali pertama kot ada acara potong kek untuk adik saya ni. Sebelum ni just main wish-wish jer. Ada tak ada pun kek sepotong. Jangan tidak sebagai syarat.



Kalau ditengok pada gambar tak nampak pun macam birthday si paksu nya. Gaya macam birthday bebudak tu je. Paksu cuma tolong pegang nak potong kek. Biasalah bebudak kan seronok kalau dapat potong kek gitu.

Insya Allah ada kelapangan boleh buat makan-makan lagi. Iyelah kalau setakat nak tunggu raya baru berkumpul memang payahlah sebab memasing dah berkeluarga. Ada yang balik ke kampung ada yang ke rumah mertua.

Korang selalu ke buat family gathering gini???

Tuesday, October 21, 2014

Blueberry Cupcake

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni kerajinan bersiaran apabila menjelang tengah malam. Ntah hantu mana merasuk. Masuk je pukul 10 ke atas terus gigih nak berblog bagai. Walhal waktu lain tu idaklah sibuk mana, malas jer lebih.

Seminggu dua lepas rasanya gigih buat cupcake. Tengah malam mengadun bahan. Kompius jiran mak inchik tengah malam buta bunyi mixer. Lapar benor gamaknya. Lepas tu tengah malam juga update pasal cupcake. Tak pelah sesuwai sangatlah kan.

Moh cuba... mudah jer yong.

Blueberry Cupcake

Bahan-bahannya:
1) 60gram tepung gandum (diayak)
2) 4 biji telur (saiz besar guna 3 biji sahaja)
3) 150gram gula kastor
4) 120gram planta
5) 100gram coklat masakan putih
6) 1 sudu teh esen vanila
7) Satu peket fresh blueberry
8) 1 sudu besar gula pasir halus (boleh dikurangkan)

Cara-cara Membuatnya:
1) Dengan kaedah double boil cairkan coklat masakan putih bersama planta.
2) Setelah cair biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.
3) Masak blueberry bersama gula pasir halus sehingga gula mencair.
4) Ketepikan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree.
6) Dengan menggunakan mixer pukul telur bersama gula sehingga kembang.
7) Tambahkan esen vanila dan kacau menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
8) Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati menggunakan spatula.
9) Akhir sekali masukkan coklat cair dan gaul rata.
10) Sediakan cup di dalam acuan muffin.
11) Masukkan sedikit blueberry masak pada dasar cawan.
12) Tambahkan adunan kek sehingga 3/4 penuh. (blueberry juga boleh dimasukkan selepas adunan).
13) Bakar selama 10 minit pada suhu 200 degree.

Dan hasilnya...



Nyummeh...

Sumber asal : youtube.

Sunday, October 19, 2014

Pleated Skirt

Assalamualaikum...

Hai korang...selamat pagi. Ahkak tak dapat tidur so mari meluah perasaan. Lately ni meluap-luap jer rasa nak buat skirt. Rasa macam femenim sangat kalau pakai skirt tu. Ayu-ayu gitu...faktor usia kah???? Ah whatever!

So last weekend tu try lah buat sehelai. Pening gak memikir nak bagi fit dengan pinggang sendiri. Selalu buat yang jenis pinggang adjustable tu. Yang pleated ni macam tak pandai pulak nak buat adjustable.

Lipat sana lipat sini akhirnya dapat. Cuma bahagian pinggul tu macam ternaik ke atas. Tapi overall dah tahulah konsepnya. Macam mana nak bagi fit untuk bahagian pinggang dan pinggul.



So ini versi percubaan. Nanti dah dapat versi mabeles saya buat banyak-banyak, then jual. Korang jangan tak beli tau...mesti beli. Saya jual harga mampu milik...insya Allah.

Saturday, October 18, 2014

Salam Perpisahan

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak menulis. Bukan apa malas benar rasanya nak men-transfer fanbar dari phone ke komputer. Nak resize lagi then letak watermark. Poyo benar bunyi nak ber-watermark bagai. Macamkan ada jer orang yang nak mencilok gambar dia. Eh, memang ada ye...korang mana tau.

Ok sebenarnya nak cerita pasal jamuan perpisahan sorang officer dekat seksyen saya ni. Saya agak rapat juga dengan officer ni. Kawan gosip gituuuuu. Tapi starting from next month this officer has been tranfered to other section. Naik pangkat.

So sempena meraikan kenaikan pangkat beliau kitorang buatlah sikit jamuan makan-makan.

Semoga kak Zura akan lebih maju jaya di bahagian yang baru di bawah bos "kesayangan" ramai *tangandibahumatakeatas* Selamat kembali bekerja shift.





Baru perasan tak ada gambar kak zura dari jarak dekat. Gambar yang ada ni pun amik dari balik cermin. Paling penting ganbar aiolsss pun tak ada *sentap*

Wednesday, October 8, 2014

Telekung Melompat

Assalamualaikum...

Hai semua. Apa khabar??? Ahkak demam dah 3 hari. Asal malam je panas balik badan. Ni dah masuk hari ketiga demam...Ya Allah sakit sungguh sendi-sendi badan. Orang bila dah biasa bekerja, bila kena berehat dua tiga hari tak buat apa-apa mulalah rasa sengal-sengal seluruh badan. Insya Allah esok dah boleh kerja kot. Harap-harapnya lahhh.

Seminggu sebelum raya haji tu nursery Irfan dengan Nuha ada buat praktikal haji. Tawaf, melontar semua tu lah. Yang syoknya tengah malam baru baca whatssapp teacher bebudak ni. Tu yang jadi telekung melompat tu.

Teacher diorang hantar whatsapp pukul 8.30, pukul 9.45 baru baca sebab masa tu dah landing atas katil. Diorang kena bawa kain ihram untuk lelaki dan telekung untuk budak perempuan. So untuk Irfan bagi tuala putih jer. Masalahnya si Nuha. Dia tak da telekung putih.

Apa lagi kau terus melompat dari atas katil. Terkejut MR. Daddy. Selongkar-selongkar jumpa kain putih ngam-ngam untuk buat telekung si Nuha. Kebetulan ada pula lebihan kain lace putih baju pengantin sapa ntah...ha bolehlah dijadikan renda bahagian bawah. Start menjahit pukul 10, pukul 11 siap. Terus lipat masukkan dalam beg.


Inilah hasilnya telekung melompat yang siap dalam tempuh sejam.

Ada saper-saper nak order untuk anak dia.

Mihmihmih (",)v