Tuesday, March 25, 2014

The Lost World of Tambun

Alkisahnya......

Ad-hoc holiday...unplanned vacation. Biasaaaaaaaaaa

Memang sesungguhnya tak merancang. Tetiba tersebut di mulut dan dipersetujui maka moh kite. Ke mana???

Tak jauh dekat jer ke Ipoh...The Lost World of Tambun.

Lama dah nak ke sini tapi dok menuggu The Lost World Hotel kosong di hujung minggu. Nan ado!!! Letih menunggu. Semendang jer lah penuh. Finally decided carik jer hotel lain yang terdekat dekat The Lost World tu. Merajuk ahhh dengan The Lost World Hotel.

Kisahnya pada satu senja hari Jemahat....

D : Jerebu dah kurang kan?
M : Hmmmm...
D : Ada plan nak bawak anak-anak pergi mana ker?
M : Tak. Ingat hujung minggu ni nak menjahit jer.
D : Kita pergi Ipoh nak? Bawak budak-budak tu pergi Lost World of Tambun.
M : Bila?
D : Esok...
M : Esok????
D : Ha, kejap lagi abang carik hotel. Kemaskan beg ye.

Gituuuuuu!!! Langsung tarik baju sumbat dalam beg, zip, selesai!!! Kitorang memang pakar bab-bab mengejut, terkejut-kejut ni. Pagi Sabtu tu kejutkan Irfan macam biasa dia nak pergi school. Masa ni dia tak suspect apa-apa tapi masa pakaikan baju dia dah start bersoal jawab.

Pukul 7.00 keluar rumah...pukul 10.30 sampai hotel. Alhamdulillah smooth journey to Ipoh.

 Ber'selfie' dengan wajah gembira.

 Budak domok ni angkat terus masuk kereta, tak payah mandi. Kang sampai hotel baru mandi. Dia bukan faham lagi.

Budak domok muka besar talam. Tapi kalau panggil dia gemok depan mak cik- mak cik dia nanti kena marah, sebab mak cik dia tak bagi panggil gemok. 


Kitorang exit Simpang Pulai. Sampai jer hotel terus suruh MR. Daddy tanya kot-kot nasib baik bilik dah ready. Sekali betul kauuuuuuuu bilik dah ready. Berbunga-bunga gembira. Terus cepat-cepat parking nak check-in. So stay hotel mana?

The Heritage Hotel. Booked online with booking.com. Booking.com ni bagusnya boleh booking hotel walau tak ada kad kredit. Nanti masa nak check-in bawa slip booking yang korang dah print out tu tunjuk jer dekat receptionist. Pakai booking kitorang dapat RM170.00 ++/night/room. Kalau walk in rege untuk bilik yang sama adalah RM300.00++. Separuh jimat ok!

OK moh kita meneroka ruang bilik dulu. Pada saya biliknya ok sangat. Bersih dan kemas. Bilik mandi pun bersih dan tidak berbau. Katil king size muat kitorang empat beranak. Nora bagi empat bintang!

 Hallway. Irfan tengah inspection tahap keteguhan katil. Lulus dengan cemerlang !!!

 This is the king size bed for 4 of us. Kenit tu dah mandi setelah 3 jam setengah meninggalkan rumah. Ada dia kisah. 

 TV, meja and other accessories. Seluar tu buat tak nampak jer lah ye.

 View from our room, seventh floor. Belah petang memang terik amat sebab menghadap matahari turun.

 Toilet. Clean and neat. Nora bagi empat bintang.

Shower and bath tub. Kegemaran Nuha dengan Irfan. Lagi-lagi si Nuha. Asal dengar ada yang nak masuk bilik mandi dia pun menggelupur bukak baju nak mandi jugak. Sabor jerlah. Sehari dekat enam kali mandi.


Then settle letak barang semua dalam bilik, gerak ke destinasi yang sebenarnya. Ops sebelum lupa The Heritage ada parking lot yang cukup untuk korang parking kereta korang. So no problem. Ok dari hotel ke The Lost World of Tambun lebih kurang 2.5km. Tak jauh sangatlah tapi sebab terpaksa rentas traffic light bagai rasa macam jauh.

Sampai tambun pukul 12.00 macam tu. Matahari tengah terpacak. Panas tapi berangin. Terik tapi tak berbahang. Cemana tu??? Yes itulah keistimewaan Ipoh. Masa study dulu pun gitulah. Tengah hari buta tengok tv dekat hall siap pakai selimut. Bebudak rumah kata tebiat nak mampos agaknya. Tapi ahkak memang jenis kurang berpeluh...sejuk memanjang. Dah macam reptilia berdarah sejuk.


Welcome To The Lost World of Tambun. First time sampai. Masa belajar dekat ipoh dulu The Lost World ni dalam pembinaan fasa akhir.

Tiket masuk. Dewasa RM 50.00 / person / entry. Budak (4ys above) RM 43.00. Budak ni dia bukan setakat tengok umur sahaja jer, ketinggian juga diambil kita. 

Gelang biru...main semua sampai hitam rentung.


Tapi kitorang tak pergi pun main macam-macam dalam tu sebab ada Irfan dengan Nuha. Nuha dah sah-sah tak boleh main sebab kategori baby. Yang si Irfan penakut ya rabbi. Dah bertaur ni kemain berkobar-kobar sekali sampai turn dia selamba jer dia geleng kepala undur diri tak nak main. Takuit katanya. Tak ekstrim betul bujang sorang ni. Penyudahnya main lah dalam kolam besar yang ada peringkat-peringkat ketinggian air tu. Sesekali diorang ada buat ombak gak. Itu pun dia dah happy amat dah. Nuha sampai lembik main air. Sampai satu tahap dia macam pasrah jer ombak tu datang bantai muka dia.

Gambor mandi tak ada. Sebab tak kuasa nak ambik-simpan kamera. Kitorang pergi empat bernanak kjer so tak ada tukang jaga beg. Semua sumbat dalam loker. Oh pada yang nak tahu boleh tak mandi pakai baju biasa??? Jawapannya boleh sangat. Suka hati korang lah nak pakai baju apa pun. Tapi silalah hormati pengunjung yang lain, Carilah pakaian yang sopan sikit. Tak payah lah beria benor korang nak pakai swim suit tu. Theme park jer pun.

Tapi kalau agak-agak korang datang tu waktu peak seasons macam cuti sekolah ker, long weekend holiday ker baiklah korang jangan bawak barang-barang yang berharga. Bawak duit lebih kurang sudah. Sebab takut-takut korang tak dapat loker. Kitorang hari tu pun dekat setengah jam berpusing mencari dan menuggu loker kosong. Loker banyak tapi yang datang lagi ramai. Dah tu diorang bukan datang sejam dua then balik. Nan hado!!! Kurang-kurang 3/4 hari habis dalam tu.

Fuhhhh!!!! Lap peluh.


No comments: