Monday, March 24, 2014

Ateeeee ke Bota Kite Yeop!!!

Hai uolllllls. Happy Monday. Happy keeeeeeee? Jangan monday-monday blues ek.

So ke mana korang hujung minggu lepas? Ahkak sekeluarga ke Bota. Atenyeee ada kenduri Yeop. Ke Bota ler kiteee.

Jumaat tengah hari tu MAMA call. Bagitau dia balik kampung sebab ada saudara MR. Daddy meninggal. Then MAMA ingatkan pasal wedding cousin MR. Daddy hari Ahad. Awalnya tak nak pergi sebab dah ada planning lain. Lagipun MR. Daddy tak warning awal-awal ada wedding weekend tu. So mind set memang tak ada nak ke sana. But then lastly decide pergi jugak.

Sampai lebih kurang pukul 12.00 macma tu. Sesat sebab MR. Daddy tak pernah sampai lagi rumah baru Pak Teh. Pusing kot jalan ni tak betul keluar balik. Pusing pulak kot jalan lain tak jugak betul, keluar balik. Then third try baru betul sebab dah ada yang menunggu.

Sampai terus cari air dulu. Panas berdenting hoiiiiiiiii. Sekali masa nak makan tengok lauk semua daging. Kak Fifi tak makan daging. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa. So MR. Daddy, Irfan dengan Nuha jer yang makan. But then later MAMA carikan ayam. Dapat makan sepinggan penuh. Puas gila. Tengah makan tu MR. Daddy dah hint hint suruh cepat sikit sebab nak balik. Dia tak larat dah kepenatan.

Salam-salam dengan sedara mara MR. Daddy...berkenal-kenalan. Irfan pun dah confused banyak benor atoknya. Atok sendiri pun dia dah tak ingat.

Selamat Pengantin Baru buat Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan. Hahahahaha ahkak lupa nama kome. Ramai bebenor berkenalan hari tu sampai nama si yeop dengan kak yong ni pun teman udah lupe. Maaf lah ye. Moga kome berdua berbahagia hingga hujung nyawa.


No comments: