Wednesday, March 12, 2014

Aquaria Key-Ell CC

Ini aktiviti hujung minggu family kecik ahkak. Dua minggu lepas. Dah lama dah plan nak bawa bebudak ni pergi aquaria KLCC ni. Tapiiiiiiiiiiiii senstiasa sajer tak ada masa. Maklumlah buat-buat sibuk memang gitu kekdahnya. Padahal setiap bulan masuk KL. Lalu pada minggu tersebut bulatkan tekad, kuatkan semangat dengan gigih memandu laju menuju ke arah KLCC.

Dengan kerjasama inchik MEX dan WAZE berjaya sampai ke KLCC dalam masa tak sampai setengah jam. Kereta dipandu menyamai kelajuan cahaya. Sekali betul-betul sampai depan gate nak masuk parking Aquaria tu boleh pulak pak guard pergi block gate nak masuk tu dengan papan sign bertulis "SORRY...FULL" Hak eleh time aku nak masuk jer parking mesti penuh. MR. Daddy kata tak apalah kita parking dekat KLCC terus.

Terpaksa cari tempat U-turn nak masuk parking KLCC pulak. Sekali jam ko. Orang key-ell dah bangun tido keluar nak cari sarapan. Nak tambah lagi cerita sedih minyak pun nak berkeli-kelip masa tu. Sebelum terjadinya adegan selamat jalan romeo meh lah kita susur jalan raya ibu kota ini mencari pam minyak. Susah rupanya nak cari pam minyak dekat tengah-tengah KL tu. Luckly jumpa jugak pam minyak. Dah alang-alang sampai dekat kawasan jalan dang wangi teruslah parking dekat lrt dang wangi. Moh lah kita naik lrt pergi klcc. Boleh lah kita berlagak sikit depan MR. Daddy. Eksyen bebenor nunjuk ke MR. Daddy kekdah-kekdah beli token nak naik lrt.

Sampai jer dekat aquaria tu terus cari tempat makan dulu. Oleh kerana masa keluar rumah belum breakfast dan sampai di tempat kejadian dah masuk waktu lunch jadi kita brunch terus. Makan dekat kenny rodger. Nuha macam biasa tempat duduk dia bukan atas kerusi tetapi di atas meja. Tu dah bersedia nak memanjat lah tu.

Dah masuk dalam. Dalam ni sengaja tak bagi srikandi kecik tu berjalan. Kasut dia cabut letak dalam stroller. Biar penat berdukung dari ahkak meroyan mengejar dia dalam tu. Irfan dah pernah masuk aquaria ni. Lagipun underwater world Langkawi pun dia dah jejak so dia fahamlah apa yang perlu dia tengok dalam tu. Tapi Nuha pun tak kalah. Kemain excited dia. Syok tengok ikan tu berkumpul berenang bersama-sama. Tapi ikan besar yang tetiba muncul dekat dengan cermin tu buat dia terkejut jugaklah . 

Ini dekat luar terowong. Asalnya nak tengok diorang bagi shark makan tapi ampunlah manusia ramainya hai yang sama batak macam ahkak. Dah lah tak berapa nak cukup inci. Nampak kepala orang jer. Last-last ajak MR. Daddy pergi tengok ikan dekat kawasan aquarium yang kecik-kecik tu. So lepaskan Nuha bagi dia tengok dekat-dekat dengan cermin aquarium tu. Seronok dia tengok nemo dengan ikan macam-macam warna dalam tu. Mulut memang bisinglah.

Dah habis pusing semua tempat, Irfan pun dah start berzikir kepenatan, moh lah kita pulang ke rumah ku syurgaku. Sebelum keluar dari aquaria tu Irfan nak beli key-chain ikan, yang si Nuha mengamuk nak cermin mata hitam tu. Benda tu dia gantung sebelah key-chain Irfan. Belilah jugak. Terus nak pakai. Dapat cermin mata tu terus diam dalam stroller. Rupanya dah terlelap. Kemain sedap dia tidur. Dalam train pun tak sedar apa. 

Begitulah kisahnya hujung minggu keluarga kecik ahkak. Walaupun tak pergi jauh, tapi happy sebab quality time tu ada untuk kita spend with the kids. Seronok bila dapat tengok anak-anak seronok dan ketawa. Next time balik KL kita akan buat misi menjejak penjuru lain di KL pulak.

No comments: