Tuesday, March 18, 2014

Aktiviti Outdoor yang Dikurangkan

Masih menanti berita dari #MH370. Banyak spekulasi yang berlegar, banyak andaian yang dibuat, banyak mulut yang bercakap tapi hanya DIA yang tahu SIAPA yang BENAR. Moga dia permudahkan segala urusan.

Back to our regular life...

Jerebu masih teruk. Dekat Putrajaya pun tak nak kalah. Even Sabtu-Ahad lepas hujan yang agak lebat tapi still degil benor jerebu ni semua. Masa hujan turun nampak jerebu semua hilang tapi bila hujan berhenti jer start naik balik jerebunya. Dugaan sungguh.

Sabtu-Ahad lepas MR. Daddy kena kerja. Ada event. So ahkak dengan bebudak tinggal lah dekat rumah. Si Irfan bangun jer tido tengok daddy nya tak ada terus melalak. Bila bagitahu daddy work lagi kuat dia berlagu. Malas nak layan, biarkan jer dia menangis. Penat kang berenti lah tu.

Then petangnya MR. Daddy balik dalam pukul 4.30 macam tu. Terus si Irfan meronta mintak bawa dia keluar jalan-jalan. Boring katanya. Tak ada ke manapun since jerebu teruk pergi makan jer. Carik yang indoor. Lepak dekat old town white coffee cyberjaya.

Ahad tu bawak pulak pergi Alamanda belah petang jugak. Oi ramai pulak umat manusia. Maybe sebab jerebu so memasing carik indoor jer buat lepas gian nak keluar. Masuk parkson tengok orang berkerumun dekat kawasan handbeg pergi jugak menyibuk. Beli satu. Tak ada sebab pun saja menggatal. Irfan pun dapat sekotak mainan. Ganti sebab rasa bersalah tinggalkan dia Sabtu-Ahad. Gitulah perangai MR. Daddy. Sabtu-Ahad kalau dia kena kerja nanti anak-beranak yang kena tinggal dapatlah habuan.



Bawak main kereta control ni time jerebu belum teruk. Dekat dataran depan masjid.


No comments: