Wednesday, March 19, 2014

JE.RE.BU

Alhamdulillah sehari dua ni nampaknya keadaan jerebu bertambah baik, especially di Putrajaya. Setelah sekian lamanya tak hujan last Saturday-Sunday hujan turun agak lebat. Kesan cloud-seeding dan dengan izin-Nya.

Dan buat pertama kalinya setelah sekian lama berjerubu, pagi tadi pergi kerja ditemani cahaya bulan penuh. Terasa macam ahhhhhhhhhh indahnya cahaya bulan tu. Bila dah tak ada baru kita tahu menghargai. Ahkak lah tu. Pagi tadi keluar pergi kerja nampak bulan rasa macam indah sangat pagi tu. Udara pun rasa sejuk jer.

Kita manusia (tunjuk diri-sendiri) terkadang lupa yang kita sepatutnya menghargai apa yang ada dalam dakapan kita. Selalu kita tak nampak apa yang kita dah ada tapi meratapi apa yang kita inginkan. Sedangkan apa yang dah ada dalam dakapan itu jauh lebih penting daripada apa yang belum kita capai.


See, pemandangan dari rumah kak Fifi. Beza pemandangan tu waktu belum jerebu dan masa jerebu. Masa jerebu tak nampak apa dah.

Tapi ada jugaklah baiknya jerebu ni. Dek sebab berjerebu lah ahkak mengemop tetiap hari. Balik jer kerja bukak tudung, baju kerja tak salin terus capai penyapu. Memang tak guna vacuum. Habis sapu satu rumah, mop pulak. Elok pencuci lantai tu tahan sebulan dek sebab jerebu ni tak sampai dua minggu selesai ahkak gunakan. Sampai ke balcony sidai kain tu ahkak sental. Patah pinggang. Tapi syok jugak, sebab dah macam senaman. Berpeluh-peluh. Hasilnya sangat berpuas hati sebab tengok lantai licin berkilat. Anak-anak nak main pun tak susah hati sangat.

Hopefully keadaan yang makin pulih ni akan berkekalan. Tak mahu dah jerebu ni. Tapi itulah ujian dan peringatan dari tuhan. Bumi kita ni dah makin tua. Tunggu masa jer......

No comments: