Last Wednesday (24.4) Nuha turn 6 months old.
Yeay...
Kejap jerrrrrr.
Dah 6 bulan maknanya dah kena start solid food.
So saya decided first solid food untuk Nuha adalah fruits.
Buah pertama yang menjadi pilihan adalah Papaya.
Sebab menurut pakar laktasi baby, P's fruits should be ok for baby.
Macam Papaya, pear, peach etc.
Ok tu maknanya berkenaan dengan sistem penghadaman baby.
So saya try papaya.
Kenapa papaya?
Sebab masa preggy kan Nuha suka makanan kampung jadi saya assume taste Nuha adalah kekampungan.
Eh, dah macam mengutuk diri sendiri pulak.
I kan kg.com
Smiley papaya.
Blend guna baby bullet.
Sungguh halus kisarannya macam pes.
Tak payah tambah air.
Dah bagi dah Nuha makan.
Elok jer dia makan.
Habislah satu bekas tu.
Papaya tu pun rasanya manis.
Lagi dua bekas bekalkan untuk nurseri.
Meh kongsi menu papaya blend.
Cari sebiji buah papaya.
Organik lagi baik.
Buang kulit.
Cuci bersih.
Blend bagi hancur.
Sebaiknnya hancur betul-betul sebab baby belum pandai kunyah dan kita pun tak tahu proses penghadaman dia macam mana.
Isi dalam beberapa bekas.
Then boleh bekukan.
Makanan baby yang dibekukan boleh tahan sebulan dengan syarat masa blend jangan campur apa-apa.
Blend betul-betul buah tu sahaja.
So sampai masa makan, keluarkan dan rendam dalam air panas atau biar cair sendiri.
Mudahkan.
No comments:
Post a Comment