Friday, May 17, 2013

Far Far Away - Langkawi : Sightseeing

First day dekat Langkawi tu baru hegeh-hegeh nak cari mana nak pergi. Subuh-subuh hening MR. Daddy dah godek google. Nak cari tempat melepak untuk hari tu. Dah lah masa sampai semalam semua terbongkang kepenatan. Sampai hotel semua cari katil memasing.

So second day tu keluar untuk memulakan aktiviti meronda. Pagi kitorang adalah pukul 11. Mula-mula kita cari tempat sarapan dulu.
 
Kitorang singgah makan dekat depan Underwaterworld tu. Ada satu kedai Melayu jual masakan kampung.
Tajuk kedai tak ingat. Tapi makanannya not bad. Boleh makanlah. Kitorang terus jamak takdim. Berakfast sekali dengan lunch = brunch

Settle makan terus masuk Underwaterworld. Tiket dengan mycard RM 28 (adult) RM 18 (child). Senior citizen RM 22 (with mycad). Tapi siapa goverment staff ada low rate lagi. Satu goverment ID pas boleh beli 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. RM 22 (adult) and RM 11 (child). So total tiket kitorang RM 99 dengan goverment ID pas. Mari masuk Langkawi Underwaterworld.
Binatang peliharaan Langkawi Underwaterworld.

Irfan memang leka dalam tu. Tengok pingu tengok ikan. Syok jer tengok dia teruja. Nuha pun behave dalam tu. Tapi dua kali stop menyusu. Owhhh masa tengok pingu tu jugak Irfan ajar saya kekdah ambik gambar pingu sedang berenang. Ye nak, mak ko ni jurugambar amatur jerrrrrrrrr.

 Family picture.

 Inside

Langkawi underwaterworld ni konsepnya lebih kurang macam Aquaria KLCC. Ada hidupan laut, ada sikit-sikit hidupan darat. Yang pernah pergi Aqua KLCC tahu kan konsep dalam dia macam mana kan. Underwaterworld Langkawi ni pulak tank ikan dia tak segah tank ikan Aqua KLCC. Ikan pun tak berapa banyak but still worth to visit. Especially pinguin dia. Jarak kita dengan cermin pinguin tu memang dekat. Pinguin nya nampak jelas. Yang penting banyakkkkkkkk. Idaklah diletaknya sekor lepas tu semua orang bertembung hidung nak nengok pinguin sekor tu.

Tireddddddd

Ni dah lepas dua jam dalam tu. Muka sebebnar adalah gambar yang atas. Gambar bawah tu MR. Daddy suruh buat fake smile. WAktu ni Irfan masih tak mahu meninggalkan tank ikan. Nak tengok fish katanya. So letak dia depan cermin tank tu saya pun duduk luruskan kaki. Sekali datang pari bintang yang berbintik-bintik tu kemain meraung histeria Irfan. Geli katanya. Tapi tetaaaaaaap lah tak nak berganjak dari situ.

Settle dekat Langkawi Underwaterworld kami gerak pula nak naik Cable Car. Cable car ni kalau musim cuti sekolah perghhhhhhhhhh dia punya barisan bergulung-gulung. Tapi kalau pergi waktu off-peak rileks jer. Beli tiket terus naik. Tak payah nak berpeluh ketiak beratur tunggu giliran nak naik. Tiket untuk naik cable car ni dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. So moh kita naik cable car.

 BONDA

 Tuan Tanah. Gambar kiri yang tengah tu berhenti dekat first station sebab nak bagi Nuha makan.

View from inside cable car

Gue pikir cable car nya biasa-biasa saja, tapi rupanya bapak tinggi. Ko tengok tu noks! Ini gambar waktu suku turun dari first station. MR. Daddy dah la gayat. Keras kejang dia dalam tu. Yang Irfan dengan Nuha pulak doklah menjongkit. Bising MR. Daddy. Nanti lantai cable car tu runtuh lah. Nanti cermin tercabutlah. Nanti pintu terbuka lah. Nanti bumbung terbang lah. Hoih imaginasi melampau-lampau! Saiko gila!

OK habis dah cable car. Turun tu BONDA kemain lagi eksyen. Takut juga naik tinggi-tinggi tu kan. Tapi kalau ada yang ajak naik lagi, boleh jer. Cewahhhhhhh tak nak kalah. OK kita pergi Dataran Lang pulak. AMbik gambar dengan helang. Kang kecik pulak hati helang tu. Dah sampai Langkawi tak nak pun jumpa dia.

Helang in action

Sebagai pelancong *puiiiii kita tidak boleh bertolak ansur dengan cuaca. Tidak kira walaupun panas terik, ketiak lencun gambar harus mantain. Ko tengok semua wajah terserlah kejelitaan lebih-lebih lagi gambar yang tengah tu. Owhhhhh MR. Daddy suruh Irfan ke tepi sikit supaya boleh nampak seluaruh diri dia tapi Irfan tak mahu sebab panassssssssss. Pandai ko kan, berlindung di sebalik mami yang ayu jelita *puiiiii.

OK, sekain sahaja cerita sightseeing di Langkawi. Actually banyak lagi tempat yang korang boleh lawat macam Makam Mahsuri, Beras terbakar, Air Hangat, Telaga Tujuh, Padang Maksirat, Laman Padi tapiiiiiiiiii kami pilih untuk tidak pergi sebab masa yang tight. Maklumlah ada agenda berapi lain yang wajib di buat di sini. Taaaaaaaaaaa

No comments: