Thursday, May 23, 2013

Skyview@11

Bila ek makan dekat sini? Minggu lepas kot. Hari Jumaat. MR. Daddy punya idea lah ni. Gigih dia men'google' sepanjang petang Jumaat tu. Petang tu balik kerja ambil anak-anak terus pergi ambil MR. Daddy. Then dia kata jom kita pergi makan dekat skyview.

So sebagai isteri yang solehah marilah kita turutkan sahaja. Lagipun Skyview Restaurant ni masih dalam Putrajaya so OK bolehlah. Walaupun sebelum ni tak pernah dengar. Tapi menurut MR. Daddy memang ramai yang tak tahu kewujudan restaurant ni.

Entrance. Skyview@ 11 ni under Marriott Hotel.

Nak masuk sini memang tak ada sign. So lepas korang keluar lif pergi kiri, then kiri lagi. Jalan jer ke depan, nanti korang akan nampak entrance dia macam gambar kanan atas tu.

Lif laluan masuk dan sedikit pemandangan dari luar restaurant skyview@ 11.

Lif dekat lobby tu memang banyak tapi ada satu lif yang dikhaskan untuk ke skyview@ 11. Lif pertama sebelah kanan. Lepas jer korang melalui body and beg check korang akan nampak lif tu.

Menu.

Menu dia memang sekeping tu jer ok. Belah belakang menu air. Memang tak banyak pilihan. El-leh yang sekeping tu pun terkial-kial nak pilih nak makan apa.

Finally. Our food.

Teh ais, milo ais, nasi goreng, kuew teow goreng dangan ayam apa ntah (lupa tajuk). Nasi goreng dia ok lah. Sedap sangat pun tidak, tak sedap pun tidak. Tapi boleh makan. Mak inchik makan suku jer, yang lain Irfan bedal. Kuew teow goreng dia semangkuk ok. Nampak macam sikit tapi serius banyak. Sampai MR. Daddy pun melopong takut-takut tak habis. Ayam yang tak tahu tajuk tu so-so lah. Cuma yang bagusnya ayam dia tak kering masih berjus. Total + RM 30.00

Bling! Leh-chen!

Skyview @ 11 ni terletak dalam bangunan Jabatan Peguam Negara

So kalau korang nak try cari restaurant ni dalam Jabatan Peguam Negara. Terletak berhampiran dengan PICC satu kawasan dengan Kementerian Perumahan dan Kementerian Wanita. Parking free depan bangunan Jabatan Peguam Negara. Lepas tu masuk jer terus ikut pintu utama ke Jabatan Peguam Negara ni. Dekat lobby ada lif untuk naik tapi sebelum tu kena lepas dulu body and beg scan check oleh polis yang berkawal di situ. Maklumlah masuk ke Jabatan Peguam Negara khennnnnnn.

Masa kitorang nak masuk tu Mr. Daddy hangin jer. Disebabkan tak tahu mana jalan masuk nya sebab memang tak ada sign langsung so MR. Daddy pun pergilah tanya pada pak guard yang pakai baju putih yang duduk berkumpul dekat luar bangunan tu. Selamba jer guard tu jawab dah tutup. Helllooooooooooooooo!! Baru kejap tadi call tanya bukak ke tidak dan-dan guard tu jawab dah tutup. Mahu tak hangin.

So kesimpulannya masuk jer ikut pintu utama tu. Cari lif yang dijaga oleh polis yang ada tempat body and beg scan check.

Perut dah kenyang mari pulang.

2 comments:

Monamie said...

Nice Info. Tq sis.. tengah servey untuk berbuka :)

Unknown said...

Most welcome ;)
Semoga pencarian berhasil...