Friday, May 24, 2013

Padi House

Makan lagi dan lagi dan lagi.... Mia-ha-ha mak inchik memang sangat suka makan. Saper yang tak suka kan. Tapi lepas tu bila pandang perut terus rasa sesalan yang tidak berpenghujung. Tapi sekejap tu jer lah. Lepas tu mula membina alasan-alasan supaya perut merasa happy :)

Makan dalam area Putrajaya juga. Pun kerja MR. Daddy jugak men'google' dengan gigihnya. Sebab dia malas nak menjawab killer question from me. Nak makan apa? Makan dekat mana? Sebab tiap kali jawab mesti saya bantah... alah boring makan dekat situ... situ mahal tapi tak sedap... situ servis lembap...situ ramai orang. Banyak cekadak ko kan... tapi tetappppppppppp nak tanya jugak makan apa? Dekat mana?
So semalam bila tanya dah siap jawapan. Well prepared nampak. Malas lah tu nak layan kesongehan isteri mithali nih. Jadi pergi ambil anak dulu then berdezup pergi makan pulak. Maklumlah Khamis kan gaji jadi mari kita menghabiskan sisa-sisa gaji bulan lepas. Wahhhhhhhhhhhhhh bongkak sungguh.

Kali ni makan di Padi House. Restaurant ni pun terletak dalam bangunan. Ape ke nama bangunannya. Mak Jemah lupa plak. Biasalah Mak Jemah memang gituh, selalu benor lupa tajuk. Nanti bila ada orang tanya dekat mana tu... mula lah meraban menjawab. Tapi yang saya ingat bangunan ni berhadapan dengan bangunan DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Rasanya galeria PJH kot tajuk bangunan tu. Galeria dah betul...PJH tu macam tak kompiden sangat.

 Muka depan Padi House

 Hiasan dalaman. Gambar bawah taken by Irfan.

Gambar atas pokok tu pokok hidup. Then saya komenlah
Me : kan lagi elok kalau pasu ni dia tanam pokok serai, cili or herba kan.
MR. Daddy : Ye, sat lagi dia nak masak dia datang depan, tepi sikit cik saya nak amik serai, kat dapur dah habis.

 Buku resepi

 Our foods

Seafood fried rice : Irfan punya. Nasi goreng dia a bit oily. Belah bawah macam bertakung minyak. Mr. Daddy kata sesuai lah dengan tajuk dia "sea"food kan. Haruslah ada tema laut.

 Blackpapper chicken with plain rice : Mine. Ayam agak kliat. Macam dah lama goreng then balas dengan lada hitam. Tapi ayamnya banyak dan dipotong besar-besar. Dah macam saiz penumbuk Nuha.

Plain rice with grilled chicken : MR. Daddy punya. Grilled chicken sedap, sos grilled chicken sedap, coselow(betul tak ejaan ni?) sedap, plain rice sedap *over*

 Leh-chen!

Apa!!! Nasi goreng berminyak? Ayam blackpapper liat? Licin jugak. Bukan apa...membazir kan amalan syaiton-nirrajim!

 Budak muka ketat.

Budak ni tak boleh lambat ambil dekat nursery. Nanti dia buat muka ketat. Lagi lambat ambil lagi ketat muka dia. Ngadu dekat MR. Daddy. MR. Daddy kata well she learn from the best...she learnt from you. Mami kan kalau janji kena sharp..kalau tak muka ketat! Baikkkkkkkkkkkkkkkkkk

Abang yang kuat menyakat. Tapi kalau adik balas melolong menangis. Dalam hati ada taman.

No comments: