Tuesday, April 30, 2013

Aku Anak Kampung

Dan tekak ku juga tekak kampung.
Saya adalah seorang yang saaaaaaaaaaaaaaangat tidak berani mencuba makanan-makanan yang asing pada pandangan mata saya apatah lagi tekak saya.
Kalau di pendengaran telinga bunyinya saja sudah pelik pasti di tekak juga rasanya pelik.
Wahhh syoknya buat andaian sendiri.

Berbeza dengan MR. Daddy.
MR. Daddy memang berani mencuba sesuatu yang baru.
Macam sushi.
Yap, ini bukanlah makanan yang baru.
Tapi baru untuk tekak saya.
Hampir sepuluh tahun kenal dengan MR. Daddy barulah last week dare to try sushi.
Itupunnnnnnnnnnnnnnn tempura sahaja.
Kahkahkahkah!!!

MR. Daddy kata langsung tak sushi.
Ada aku kisah.
Yang penting makan dalam kedai sushi.
MR. Daddy memang happy lah.
Sebab dia memang gemar sushi.

MR. Daddy ngap yang ini dulu sementara tunggu order dia sampai.
Sotong yang bawah kiri tu dia ngap dua piring.
Tajuk semua mak Jemah tak tahu.

Yang ni yang MR. Daddy order
Atas kiri tempura.
Itu habis semua saya yang belasah.
Atas kanan tu nasi dengan chicken.
Bawah tu ntah.
Pun tak tahu tajuk.

This is mine.
Nasik dengan ayam.
Ayam?
Tak sushi langsung kannnnn.
Tapi ada ku kisah.

Maka lepas ni bolehlah masuk sushi kalau nak makan-makan.
Sebab tekak saya boleh terima tempura dia.
Maknanya Irfan pun ok lah.
Taste mamat tu sama dengan taste saya.

No comments: