Rangkuman cerita untuk tuan tanah yang pemalas nak menaip.
Start dengan cerita GE-13.
Yup saya tahu dah basi.
Cuma nak tegur sikit.
Bagi mereka yang terlalu fanatik.
Bagi mereka yang masih tidak mahu menerima kenyataan.
Bagi mereka yang masih rasa diri mereka benar dan betul.
Stop it people.
Berhentilah bercakap.
Bukan untuk yang kalah sahaja.
Yang kalah, ingat!
Allah belum tunaikan hajat dan impian kamu kerana Dia ada better planning buat kamu.
Yang menang, ingat!
Kamu memegang amanah rakyat, ini akan ditanya di sana nanti.
Kuku yang biru di merahkan.
Hasilnya kuku yang gelap gelita.
Kan lagi elok kalau kita bersama.
Makan chapati cicah dengan kari.
Yang menang toksah lah bongkak!
Yang kalah berhentilah memekak!
Second story pasal si kenit Nuha.
Eeeeeee geramlah dengan budak kenit sorang nih.
Makin besar makin pandai tunjuk ragam.
Now dah pandai nak pilih orang.
Tak semua orang sekarang boleh dukung dia.
Nuha tak mahu.
Dia cuma mahu kalau orang tu dukung dia mesti bawa dia berjalan.
Means ko tak boleh pegang dia lepas tu dok melopong tengok tv.
No! No! No!
Memang ko kena blacklist lah dengan dia.
Mami sahaja yang boleh buat gitu.
Nak tergolek terlentang boleh!
Dengan syarat sebelah dia.
Salah satu anggota badan dia mesti kena badan mami.
Tak kisahlah tangan dia dekat muka mami ker.
Kaki dia dekat perut mami ker.
Janji kena!
Letak dalam walker sebab saya nak lipat kain.
Jangan kata nak lipat, nak pegang kain pun tak dapat.
Tengoklah muka tu.
Dia kalau suruh menjerit...pergh memang champion.
Sampai tingkat 18 boleh dengar suara dia.
Punya lah gigih dia meneran suara dia
Selagi tak diangkat selagi itulah menjerit.
Tak tahulah sampai bila.
Kalau ikut perangai abang Irfan sampai umur 3 tahun asyiklah mamiiiiiiiiiiiiiiiiii
Tak tahulah sampai bila.
Kalau ikut perangai abang Irfan sampai umur 3 tahun asyiklah mamiiiiiiiiiiiiiiiiii
No comments:
Post a Comment