Friday, January 20, 2017

Telekung Untuk Puteri

Haiiiiiiiiiiiiiii

Salam Jumaat yang barakah...

Bersempena dengan hari Jumaat ni mari kita bercerita pasal telekung 😄

Kisah telekung si puteri.

Cikgunya pesan supaya bawa telekung ke sekolah. Sampai di rumah dia beritahu tak nak bawa telekung putih tu, nak telekung baru warna pink.

Disebabkan tak nak dia murung pergi sekolah, kak jeng pun gigih jahitkan dia telekung baru warna pink malam tu juga. Mujur ada baki kain lycra warna pink. Aksesori kita guna saja apa yang ada dalam simpanan.

Dan hasilnya....


Kenalah letak jenama kita, ye dak.

Simple je asalkan si puteri berpuas hati.

Tambahan renda dan bunga kecil supaya tak nampak kosong sangat

Bahagian muka. Disebabkan dia ada dengan kita senanglah nak ukur muka dia so just fit je dengan dia.

Tali pengiat belakang. Pakai getah je. Tapi telekung budak ni kak jeng tak buat penutup dagu pun.


Up dekat facebook, sekali ramai pula yang berkenan.

Ramailah yang menempah. Oleh kerana buatnya pun tidaklah susah mana kak jeng pun terimalah tempahan dari kawan-kawan 😊

Ada dalam 12 helai semuanya. Dan berbagai warna...

No comments: