Monday, January 2, 2017

Si Kebaya Kelepet

Hai...
Gemokning...gemokning...

Katanya tahun ni fesyen kebaya kelepet ni akan kembali trending.
Patutlah tahun lepas ramai yang tanya aku nak tempah jahit kebaya.
Aku ok saja 😊

Ada orang salah faham yang kebaya kelepet ni hanya sesuai untuk orang yang tinggi dan kurus persis model sahaja.
Sebenanrnya semua orang pun boleh pakai kebaya.
Tak percaya?
Yang penting kita tahu macam mana nak menggayakan kebaya tu sendiri.

Katakanlah kauorang belum lagi kurus dan belum tinggi, so macam mana nak gayakan kebaya?
Takut-takut nanti nampak bertambah gemuk.
Kita ubah suai sikit kebaya tu.
Bagi yang badan berisi tapi masih ada cutting pinggang, boleh cuba kebaya longgar dan bahagian bawahnya buat kembang sikit.
Bagi yang badan agak gempal, boleh buat kebaya yang ditambah pesak.
Macam kebarung tapi gunakan pesak gantung.
So akan ada effect berpinggang.
Longgar dan memudahkan pergerakan juga 😍

So siapa nak kebaya?
Boleh tempah sekarang.

Kebaya kelepet dengan tambahan pesak gantung

Masih ada effect cutting di bahagian pinggang walaupun telah ditambah pesak gantung.
Ini kebaya yang aku jahit.
Kebaya ni ditambah dengan pesak gantung sebab tak nak ketat sangat tapi masih ada effect cutting.

No comments: