Wednesday, January 18, 2017

Akhirnya Pilihan Hati Pelanggan

Assalamualaikum...

Alamak terputus dua hari tak mengupdate
So hari ni ada ruang kita selit aktiviti mengupdate blog ✌

Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja office dan kerja jahit-menjahit. Memang agak terkejar-kejar. Kadang-kadang tak sedar terlelap. Letak je kepala terus hanyut.

Salah satu yang disibukkan; menyiapkan tempahan baju pelanggan. Pelanggan yang seorang ni tempah baju kurung Pahang bersulam. Sebelum ni kita dah buat beberapa corak untuk try design dan warna.




Lastly tunjuk design dan corak yang ini sebab daripada ketiga-tiga design yang dah dicuba tu nampak tak berapa kena. Mujur juga customer kak jeng setuju.

So sekarang kita tinggal buat full version untuk customer tu. Nak ambil hujung minggu ni tau...Harap-harap boleh siap.

Nanti bila customer dah terima baju dia kak jeng upload gambar full version deh... 😉

No comments: