Tuesday, January 31, 2017

Kepenatan...Lalu Ketiduran

Assalamualaikum...
Hai, siapa kerja hari ni?

Wah rajinnya awak...macam kita 😉

Biasa petang-petang lepas balik sekolah, anak-anak memang dah ada rutin.

Yang abang terus pergi mandi, then kena siapkan homework.
Lepas abang mandi, adik pula mandi, then main dulu sorang-sorang sementara nak tunggu abang siap homework.

Adik ni sebenarnya bila main dengan abang mesti akan bergaduh tapi dia tetaplah tak boleh nak main sorang. Boring katanya.

So petang tu, tunggu punya tunggu si abang tak juga siap-siap homeworknya. Sekali mami masuk bilik tengok dah berdengkur rupanya.

 Yang si abang dan terlelap dekat meja study. Sambil buat homework sambil tertidur. Penat sangat agaknya. Sian bila tengok dia macam tu.


Jenguk pula si adik dalam bilik dia. Lahhhhh terlelap juga. Pancing masih di tangan. Apalah aktiviti dekat sekolah tadi sampai kepenatan macam tu.

Kadang-kadang kita rasa kita yang banyak berkorban untuk mereka tapi dalam tak sedar mereka pun banyak berkorban untuk kita. Masa yang sepatutnya mereka habiskan dengan kita, mereka habiskan di nursery atau dengan baby sitter.

Kita ada dengan mereka pun waktu malam je, itupun kita sibuk pula dengan urusan rumah tangga. Memasak, basuh kain, lipat kain, mengemas...

Semoga Allah pelihara mereka ketika mereka di dalam penjagaan orang lain dan ampuni kekhilafan kita sebagai ibu bapa 😢😞


No comments: