Tuesday, January 10, 2017

Tugas Pertama Tahun Baru


Assalamualaikum...

Dah masuk minggu kedua dah ni. Ada yang dah bertukar  umur pun kan 😌

Minggu lepas gigih kami kemas rumah. Ingatkan dalam dua tiga hari boleh siap. Rupanya tidak ye... Sampai ke hari ni masih ada bahagian yang terbengkalai. Rasanya lagi penat daripada pindah rumah.

Kisahnya...
Tahun ni nak bagi anak-anak ada ruang masing-masing. Since rumah tu ada tiga bilik so cukup bilik untuk setiap orang.

Jadi minggu pertama ni kononnya nak pulun kemas stor dulu, then kemas bilik untuk Irfan lepas tu baru untuk Nuha. Akhir sekali baru bilik untuk kitorang.

Unfortunately kemas stor sahaja dah makan 2 hari. Dengan Irfan yang tak sihat nya. Ulang-alik hospital bawa dia. So banyak kerja jadi tertangguh. Tapi misi memberi dia bilik tetap dijalankan.


Macam baru pindah kan...cuma penat dia lagi parah dari baru pindah.

Budak semput
Akhirnya kerja-kerja pembersihan 90% selesai. Ada beberapa bahagian yang kecil-kecil yang belum dapat diselesaikan lagi. Tapi InsyaAllah sebelum berakhirnya bulan satu ni akan ku pastikan semuanya selesai dan sempurna. Tak larat dah tengok rumah macam kapal karam 😂

No comments: