Friday, March 4, 2016

Rug Rag.. Buat Jer Sendiri.

Assalamualaikum...

Walla! Masuk hari ketiga bersiaran tanpa jemu. Cewahhh bajet sangat ni. Entah kenapa berkobar-kobar rasa nak berkongsi cerita. Rasa membuak-buak perasaan nak menulis tu. Bagai tidak dapat ditahan-tahan.

Pang sekali! Yang blog lama bersawang tu tak sedar diri pulop!

Ok hari ni cerita beserta tutorial ringkas.

Moh kita buat Rug Rag sendiri. Oh kejap, ada ke yang tak tahu rug rag tu apa.
Ok, menurut kamus google rug rag tu permaidani. Tapi biasa kita dekat Malaysia ni selalunya jadikan alas kaki je. Beli dekat Mydin ke, Giant ke, Tesco ke, sekepin dalam RM10.00 ke atas.

Tapi selalunya yang RM 10.00 tu yang hat nipis cepat terburai tu. Basuh dua tiga kali, jahan-nam!

So kali ni Kak Jeng akan tunjuk cara-cara buat rug rag sendiri.

Sebelum tu mohon sediakan bahannya.

First, gunting kain jadi empat segi macam gambar. Boleh buat dalam saiz yang lebih besar. Saiz yang Kak Jeng tunjuk tu adalah saiz minimum (around 3.5" x  6"). Kalau korang gunting kecik lagi dari saiz tersebut hazab nanti nak menjahit. Boleh guna apa-apa kain perca. Jangan gigih sangat beli yang baru. Gunting jer dari baju-baju kurung korang yang lama-lama tu atau t-shirt lama korang atau tuala buruk korang. Semua pun boleh.

Lepas tu masa nak mula jahit tu, gulung dulu kain empat segi tadi. Untuk starting yang pertama, korang lipat bahagian hujung gulungan tu membentuk bulat atau lonjong atau empat segi. Apa-apa bentuk yang korang nak rug rag korang jadi nanti. Tak kisah. Then jahit gunakan jenis zig zag.

Macam Kak Jeng pilih bentuk bulat, jadi korang jahit tu ikut jer bentuk tu. Rapatkan gulungan yang baru pada gulungan yang dah dijahit tu. Tinggal dalam setengah inci dah habis, sambung gulungan kain yang baru, supaya rug rag korang tak terputus.

 Hampir separuh. Pastikan masa korang nak mulakan jahitan bahagian yang akan membentuk bulatan besar tu akan terpusing ke belah luar mesin korang. Iaitu belah kiri. Kang kalau tersalah pusing, naya nak menggulung rug rag tu nak sambung jahit. 

 Hampir 3/4 siap. Susunan corak, pandai koranglah. Ikutlah kreativiti masing-masing. Korang juga karang yang nak pandang benda tu 24 jam sehari.

 Finished product! Hampir 2 1/2 jam menyiapkan sehelai ni. Maklumlah first time. Bila dah siap separuh tu baru tahu tips and trick untuk buat lebih laju. Insya Allah lain kali kita buat hat lain pulak. Yang ni kita anggap sebagai try an error.

Nota kaki 1: gunakan benang warna kelabu untuk apa jua jenis fabric dan warna yang korang guna sebab warna kelabu warna yang paling sesuai untuk semua corak dan warna fabric.

Nota kaki 2: Sorry sangat-sangat kalau korang rasa tutorial ni kurang mantap sebab dah separuh buat baru teringat nak ditutorialkan. Nampak sangat bukan blogger tegar.

Ta-taaaaaaaaaa


No comments: