I'm back again. Wah dua hari berturut-turut keluar entry. Nampak macam dah ada perubahan kan. Kononnya lah. Entah bertahan sampai bila, tak sure lagi.
Hari ni nak show off benda lain pula.
Jeng... jeng... jeng
Circle Skirt atau pun Skirt Bulat.
Asalnya nak buat untuk diri sendiri tapi tersalah ukur... jahanam skirt aku. Tapi untuk elakkan pembaziran kita buatkan skirt untuk si anak dara. Lebihnya buat baju blouse sendiri. Dah, puas hati aku!
Circle Skirt untuk si anak dara
Skirt ni akan beralun-alun walaupun kau cuba kembangkan dia
Macam biasa untuk effect yang lebih dramatic kita kena pakai photographer dan modal profesional.
Bahagian pinggang tu Kak Jeng guna kain lycra ganti getah sebab kain lycra kan memeri so sangat sesuai.
Model profesional ni sebenarnya sangat cerewet dalam berfesyen... hanya fesyen-fesyen menyerupai princess sahaja yang akan dipakai untuk digayakan.
Nampak tak, bila skirtnya dikembangkan. Skirt tu akan jadi ala-ala bentuk D.
Yang ni pun insya Allah Kak Jeng akan keluarkan tutorial. Sebab yang ni kalau tak bagi tutorial memang kemutlah aku. Senang gila kot nak buat. Tapi mohon bersabar. Maklumlah yang menabur janji ni namanya Kak Jeng *wink wink*
Daaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment