Thursday, March 17, 2016

Baju Kurung Pertamaku *smiley icon insert*

Assalamualaikum...

Hari ni kak jeng nak bagi tutorial boleh?
Tutorial buat baju kurung tapi sebelum tu nak warning dulu...

>> WARNING SATU: Post ni agak panjang dan banyak gambar.
>> WARNING DUA: Post ni sesuai untuk orang yang berada pada tahap yang sangat beginner (read: tahu guna mesin jahit tapi tak pernah jahit baju kurung sendiri)

Tutorial ni akan terbahagi kepada beberapa part iaitu:

>> PART SATU: Ambil ukuran (yang dah tahu ukuran boleh skip part ini)
>> PART DUA: Buat polar (yang tak suka berpolar pun boleh skip part ni)
>> PART TIGA: Gunting kain (yang ni kalau nak skip juga mohon beli je baju siap :) )
>> PART EMPAT: Menjahit (the excited part)

Ok jom mula dengan PART PERTAMA.

Bahagian ni ialah bahagian mengambil ukuran.
Bagi yang dah biasa tempah baju kurung atau beli baju kurung siap, mungkin korang dah tahu saiz atau ukuran masing-masing.
Ukuran korang ni boleh diambil dari dua cara:
1) Ukur badan. Tapi kalau dah korang sorang-sorang sapalah pulak nak ambilkan ukuran untuk korang kan.
2) Ukur baju. Yang ni paling mudah. Dan inilah cara yang kak jeng nak tunjuk. Sekarang pergi pilih baju kurung yang paling selesa korang pakai sebab kita akan guna baju tu sebagai rujukan ukuran.


  • Katakan ini baju kurung pilihan korang. BTW tahun ni raya tema apa?
  • Bentang baju kurung tu macam gambar.
  • Kalau boleh biar semua part nampak sebab kita nak ukur setiap part.
  • Yang tahap intermediate mungkin boleh skip beberapa part masa nak ambil ukuran.
  • Untuk yang sangat-sangat beginner boleh ikut je step by step.
  • Ini langkah paling mudah kak jeng guna untuk orang yang langsung tak pernah ada lintasan nak jahit baju kurung dia sendiri.




  • Untuk bahagian baju kita bahagian kepada 4 bahagian : A, B, C dan D
  • A --> Badan. Kita akan ambil ukuran bahu dan panjang baju
  • B --> Tangan. Kita akan ambil ukuran panjang tangan, buka tangan dan pangkal lengan.
  • C --> Pesak. Kita akan ambil ukuran panjang pesak, pangkal pesak dan hujung pesak
  • D --> Kekek. Kita akan ambil ukuran 2 penjuru kekek.
  • Pada satu helaian kertas korang kena catitkan ukuran-ukuran yang akan diperlukan nanti.
  • Start dengan bahagian A (badan). Ambil ukuran bahu. Boleh gunakan cara (i) atau cara (ii). Salah satu.
  • Kemudian ambil ukuran panjang baju (iii). Catit semua ukuran.
  • Now move to section B (tangan). Start with panjang tangan (i). Kemudian ambil ukuran buka tangan (ii). Last sekali ukuran pangkal tangan (iii). Bahagian yang bercantum dengan pesak dan kekek.
  • Jangan lupa catat ukuran.
  • Now move to section C (pesak). Mula dengan panjang pesak (i). Kemudian lebar pangkal pesak (ii). Dan yang akhir lebar hujung pesak (iii). Ambil catatan.
  • *ada juga cara lain untuk ukur panjang pesak, itu nanti kita tunjuk secara gambarajah masa buat polar*
  • The last section kekek. Ukur je dua penjuru kekek (i) dan (ii). Jangan lupa catat kan ukuran.
  • Ukuran yang diperolehi tadi boleh dicatat secara tulisan atau secara gambaran seperti rajah di atas.
  • Lebih mudah dan senang untuk kita transfer ukuran tersebut ke atas kertas polar kita.
Ok selesai part one : ambil ukuran. Kalau tak confident nak ambil ukuran boleh tinggalkan comment. Kita discuss di situ ok.

Jumpa lagi untuk part two : buat polar. 



No comments: