Weeeeeeeee masih gigih bersiaran. Four days in a row. *fireworks insert* *clap clap clap*
Ok ini cerita balik kampung. Biasa kitorang sekeluarga tak ada jadual untuk balik kampung. Rasa minggu ni nak balik, pack bag, balik. Agak-agak bulan ni nak balik dua kali, balik. Gitu kaedahnya.
Biasa tiap kali balik kampung, anak-anak akan dikurangkan dengan aktiviti tab and gadget. Kita akan trains untuk jadi kampung boys and girls. Tapi tak adalah aktiviti yang extreme sesangat pun. Acah-acah mainan kampung jer. Sebab bebudak ni ajak turun bendang kering pun terjerit-jerit takut. Apa cer!
Ini dalam keadaan rembang petang. Cewah... bajet jurufoto profesional lah kononnya.
So aktiviti paling win pun lawan bot kelapa. MR. Daddy tolong buatkan daripada pelepah tandan kelapa tu. Buat sorang satu campak dalam parit.
Ha itulah dia sampan buatan untukm ereka. Tapi air parit agak cetek plus tenang pulak petang tu so sampan pun bertolak ala-ala makan angin jer. Slow and steady. Terjerit-jerit dua beradik memberi sokongan kepada sampan masing-masing.
Orang yang lalu-lalang tengok pun rasa sedih. Kesian budak bandor jarang-jarang dapat jumpa parit. Yang banyak adanya longkang yang busuk.
Bila sampan dah karam, sambung aktiviti main baling batu pulak. Lantak koranglah janji jangan terjun dalam parit tu sudah lah. Walaupun cetek tapi tak ada sesiapa nak terjun selamatkan korang.
Sampai menangis-nangis tak nak berenti main.
Nampak tak bangunan hijau yang sayup-sayup pandangan. Itulah dulu sekolah rendah agamaku. 6 tahun sekolah dekat situ.
Ok itu sahaja cerita kampung boys and girls.
Daaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment