Selamat pagi Sabtu :)
Selamat bercuti :)
Selamat berhujung minggu :)
Sebenarnya nak bagitau..
Semalam kelas pertama menjahit baju kurung dah bermula semalam.
Buat dekat office je
Maklumlah hari Jumaat kan rehatnya panjang.
So kita ambil kesempatan tu untuk buat kelas.
Kelas untuk kawan-kawan je.
Semalam kita belajar ambil ukuran dan buat polar.
Mulakan dengan ambil ukuran daripada baju yang selesa dipakai.
Ikut je step by step yang kak jeng dah ajar sebelum ni dalam entry Baju Kurung Pertamaku
Tak ada orang kan yang boleh ambil ukuran untuk kita (kalau sorang-sorang di rumah)
So kita guna kaedah "tiru ukuran baju yang selesa dipakai".
Dah dapat ukuran catatkan.
Then pindah ukuran pada polar.
Setiap polar kita remark, itu polar untuk badan, tangan, pesak ataupun kekek.
Senang nanti kit atak lupa ataupun confuse.
Gunting polar dan ketepikan.
Jangan lupa setiap polar tu kita bagi nama.
Contoh: "Polar Baju Kurung Kak Jeng"
Senang next time nak guna dah tahu dah polar tu siapa yang punya.
Kepilkan semua polar bersama-sama.
Takut tercicir pulak kang.
Dah siap satu polar untuk sepasang baju kurung.
Ok, Insya Allah next week Kak Jeng up kan entry penuh step by step untuk buat polar.
Kita belajar sama-sama naaaa.
Till then, bye.
Have a nice and "warm" weekend everyone.
p/s: suhu cecah 39C dah weiiiiii
No comments:
Post a Comment