**hang**
Kepala ting tong sangat lately nih. Kekadang tu rasa macam hantu penanggal. Wahhhhhhhhh perumpamaan tak agak-agak. Terus nak sama macam hantu penanggal jerrrrrrr. Meleleh air mata hantu penanggal kalau tahu nih. Dah macam tak berpijak di bumi. Melayang-layang kepala otak. Entah apa yang dipikir sendiri pun tak tahu. Yang nyata memang macam dalam khayalan.
Tambah pulak sekarang ni buat-buat busybody...lagi ting tong kepala. No complain...no complain. Lagi busy lagi banyak rezeki masuk...alhamdulillah.
Cuma bila sampai ting tong tu yang buat MR. Daddy pun naik hangin. Boleh dari awal bulan 9 tu setiap pagi Ahad menggelepur bangun, kejut MR. Daddy suruh mandi siap nak pergi kerja. Berasap jer orang tua tu. Orang tengah syok mimpi sampai ke bintang datang roket sesat langgar roket dia terus terhempas ke bumi.
"Hari ni Ahad lah honey.."
"Eh, ye ke? Ahad ye. Bukan Isnin."
"BUKANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!"
Buat muka tak bersalah tarik selimut balik. Lepas 15minit bangun balik. Terus pura-pura mengeliat.
"Eh, abang dah bangun? Hari ni kan Ahad."
Pura-pura tak bersalah. Mujur tak makan penampar. Dan insiden hampir meragut nyawa ini berulang setiap minggu. Ko mampu??? Bangun pagi Ahad dengan semangat berkobar-kobar nak pergi kerja. Rasa sangat down bila tahu hari tu Ahad....hari cuti.
#sayasayangofissaya.
No comments:
Post a Comment