Friday, September 27, 2013

Budak-budak Bertuah

Hohohoho...Eh, Jumaat. Assalamualaikum uolls. Happy ek hari ni. Maklum sahajalah selain waktu kerja yang pendek sikit, rehat yang panjang, hari ini juga hari terakhir bekerja sebelum berhujung minggu. Weeeeeeeeeee hoooooooooo.....

Oh semalam kan kittew khen pergi khen shopping tau. MR. Daddy baik hati ajak kittew pergi shopping. OK enough. Erk susah lah guna bahasa gila-gila remaja nih. Tapi gigih kan korang guna especially yang pe-rah-san remaja ittew. Kittew lah tew.

Fine, back to nature remaja-dewasa. By the way semalam pergi IOI Mall ada barang nak beli. Lagipun nak beli puting si Nuha tu sekali. Minah debab tu cuma nak guna puting NUK yang kuning tu. Dan nak tambah lagi masalah dekat Jusco jer pulak tu yang ada jual. Alang-alang baik kita ke Jusco IOI Mall sebab di situ selain ada Jusco ada jugak banyak kedai yang boleh membantu kita meluaskan kuasa membeli belah.

Maka ke IOI kita. Masa nak sampai tu hampir terlajak simpang nak masuk sebab jalan clear. Selalu bergulung kot kereta beratur nak masuk, but this time clear. Wahhhhhhhhh heavennya. Parking mudah dan cepat. Maka kadar kekusutan turun ke paras minimum.

So keluarkan stroller masukkan Nuha. Irfan dah start merengek. Tak larat jalan lah, penatlah. Carik alasan supaya dia yang masuk dalam stroller tu. Then pujuk, so ok. Pergi beli barang, MR. Daddy dengan dua panglima tunggu dekat luar jer. Irfan pun main sendiri. Melompat, berlari. Adik yang dalam stroller dah menggelepur nak join. Tak layan, penyudahnya si kecik tu mengamuk.

Angkat adik, MR. daddy dukung. Abang pulak masuk stroller. Dan dan tu jugak adik mengamuk nak jugak duduk dalam stroller. Sabo jerlah. Abang pulak dah tak nak keluar. Tak per tak per. Dua-dua tak nak mengalah kan. Mami ada jalan penyelesaian.





Ha merasalah korang berhimpit dalam tu. Yang syoknya diam pulak tu. Walhal dua-dua tu jenis yang tak boleh berhimpit macam tu. Tapi sebab jaki punya pasal...pura-pura lah selesa. Langtak korang. Sonang kojo den. Selamba jer muka dua-duanya. Orang yang lalu-lalang pun dok pandang-pandang. Kemain tak senonoh mak-pak budak ni.



Pandai-pandailah kuruskan perut memasing. Ko ingat stroller tu besar. Saya agak lagi dua tiga kali diorang naik duet macam ni, sure patah stroller tu. Bertahanlah wahai stroller. Aku yakin kau mampu melakukannya. Cer tengok dekat tangan Irfan dengan Nuha ada duit seringgit. Itu pun bergaduh ok. Foine!! Seringgit je pun korang ambiklah sorang satu. Terus senyap. Senang gila kerja menyopping lepas tu.

Lepas ni saya agak-agak dah kena usha-usha stroller baru. Stroller yang lebih kukuh. Stroller twin tu memang tak lah. Sebab bebudak tu kang bukan nak duduk kat tempat memasing, tetaplah berebut nak duduk satu tempat. Tak faham sungguh kejakian yang menjalar dalam diri mereka ini.......

No comments: