Wednesday, September 11, 2013

TUTORIAL oh TUTORIAL

Hai uolls....assalamualaikum....Apa habaq korang. Minggu ni minggu malas menaip. Ada benda nak cerita tapi dok simpan dalam kepala hotak. Badan sangat letih dan kepenatan. Minggu lepas weekend pack. Minggu ni pun untuk weekend dah ada aturcara yang menanti. The next coming week pun sama dah ada aktiviti yang memanggil. Iolls busy okeh. Wahhhhhhhhhhhhhhhhh bajet retis!!!

And to those yang wassap saya lepas waktu pejabat tu, maaf lah ye kalau saya lambat reply atau reply esoknya. Sebab lepas waktu pejabat saya memang jarang pegang telefon. Maklumlah bila lepas waktu pejabat waktu surirumah pula. Memang tak dan nak kelebet telefon. Kalau ada masa baring-baring sebelum lelap. Itu pun kalau ada tenaga lagi. Kalau tak masuk office esok pagi lah baru ku cek.

So korang janganlah kecik hati ek. Saya tetap reply cuma lambat dengan cepat jer. Ikut keadaan dan kesesuaian masa. So far ramai yang faham and ok jer tapi still ada juga dua tiga orang yang bengang. Yang tu saya tak dapat nak buat apa melainkan I m really sorry.

Dan kepada yang reramai wasaap tanya tutorial itu tutorial ini, nanti lepas dapat kelapangan masa saya try buat. Sebab sekarang agak membusy dengan urusan adik nak kahwin. Dah janji dengan IBU nak sponsor door gift dan kad jemputan dan banner untuk adik. Itu yang terkial-kial curi masa buat semua tu.

Ada yang minta buatkan tutorial untuk inner. Nanti ye sayang...insya Allah saya akan cuba tunaikan. Sebab nak buat inner tu tak adalah susah sangat but stilllllll tidaklah terlalu mudah. Cuma saya kena cari masa bertenang nak buat. Saya kalau boleh apa yang saya ajar tu uolls senang dapat dan berjaya buat. Nanti uolls akan rasa dia punya feel. Insya Allah satu-satunya.

Till then byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

No comments: