Nak cerita perkembangan budak kenit nih. Perkembangan makan masih macam biasa. Makan memang tak ada masalah. Kalau tak dapat makan jer yang akan bermasalah. Fenin melayan kerenah dia. Kalau lambat bagi dia makan tapi dah tayang makanan tu depan muka dia siaplah dia menjerit macam kerasukan. Stressed kak ton.
Now dah mula nak berjalan-jalan. Merangkak sikit dapat tempat berpaut terus berdiri. Lepas tu berjalan berpaut ke dinding lah, kerusilah, kusyenlah. Jatuh bangun tapi tak pernah mengalah. Good job daughter. Kuat semangat. Macam tu lah anak mami.
Maybe by age 1 year old dia dah boleh berjalan. Lambat sikit compared dengan abangnya. Abang dulu 9 months tu dah berlari kejar anak anjing. Memang mami dengan daddy marathon jer lah time tu. Now tunggu giliran adik pandai berjalan pulak. Tak tahulah apa yang nak dikejarnya pulak.
Ini gambar last week. Masa ni rambut dia tengah panjang. Bila dia rimas ke, marah ke, bengang ke, dia suka garu kepala dia. so rambut dia akan jadi kusut masai macam tu. Dah macam hantu kak limah versi comel. Yang memandang pun naik rimas. Ini tidak boleh jadi...mari potong rambut.
Petang tu sebelum mandi potongkan rambut dia. Macam biasa mamilah yang akan jadi hair cutter dia. Tak potong apapun setakat trim jer bagi nipis sikit. So tak adalah bersepah benar rambut tu. Itu MR. Daddy yang sikatkan. Lepas tu dia balik stressed sebab anak dia dah tak nampak macam gegirl.
Esok-esok tu dia dapat idea. Nak bagi Nuha nampak ala-ala gegirl pergi diikatnya rambut si kenit. Budak tu pun diam jer digayakan itu ini. Lepas tu langsung tak usik.
Sampai tiga toncet budak ni dikerjakan dek bapak dia.
No comments:
Post a Comment