Lately ni terkejar-kejar betul dengan masa. Rasa macam tak kecukupan. Kecukupan yeeeeeee bukan berkucupan. Ada beza tu!! Kata orang kalau kita sampai tak terkejar masa maknanya time management kita lemah. Kita tak pandai membahagi masa dengan betul. Ialah kot. Hai lah kena urus masa balik semula ni. Breath in...breath out...breath in...breath out...
Ada banyak yang tertunggak especially baju customer. Ini pun adik beradik dah start menjerit-jerit dekat wechat nak buat baju untuk kenduri kahwin adik. Argh stressedddddd!!!! Ok breath in...breath out...breath in...breath out....Satu-satu. Mujur customer semua tak de nak urgent ke baju idak kalu bersilat aku menyiapkan baju orang.
Yang menyebabkan semuanya tertunggak tu bukan apa, sebab selagi si kenit tu tak tidur selagi itulah semua kerja tak dapat nak buat. Masak pun payah, kemas rumah pun susah, menjahit memang tak lah! Kerjanya nak melekat jer...Dengan MR. Daddy pun tak berapa nak. Melainkan kalau MR. Daddy pakai hensem-hensem. Baru dia nak ikut. Dia nak suruh mami dia berehat. Tapi saya jenis tak pandai nak duduk diam. So terasa lah azabnyaaaaaa.
Ada juga dua tiga tutorial nak buat lagi ni. Tapi semua terpaksa hold dulu. Buat tutorial ni kena bersabar dan bertenang. Kalau rushing rushing takut nanti orang tak faham. Rugi jer buat tutorial. Ilmu kan untuk dikongsikan. Ada juga yang email minta saya buat tutorial baju kurung segala tapi yang itu saya kena fikir dulu sebab tak mahu lah nanti ada tailor yang marah dengan saya kan. So saya akan cari jalan yang win-win situation. Korang dapat belajar...tailor pun tak rugi. Tapi kalau ikut saya, saya percaya pada rezeki. Tapi ialah kan lain orang lain cara fikirnya.
So sekarang focus pada perkara-perkara urgent dulu. Dua kali hujung minggu yang akan datang ni akan rest. Tempoh bertenang. MR. Daddy kata nak bawa sefamily balik kampung. Sebab dia tahu kalau dekat rumah celah mana pun mesti pergi juga pegang mesin jahit tu tapi kalau balik kampung memang mati kutu lah. Apa pun tak boleh. Habis-habis layan telefon, tv, makan, tidur. Itu jugaklah objektif dia.
No comments:
Post a Comment