Salam Ramadhan buat semua umat Islam yang mula menunaikan ibadah puasa pada hari ahad (29 Jun 2014). Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua. Kalau zaman bebudak dulu bukan kira berapa hari dah puasa, sibuk mengira berapa hari lagi nak raya. Countdown!
Dan saya pun macam biasalah sibuk menyiapkan baju orang yang telah dijanjikan. Tak banyak pun yang tinggal cuma kemalasan tu je yang telah menggangu gugat usaha murni ahkak. Since balik dari Bintulu hari tu sakitnya lah belakang. Macam manalah gigihnya driver tu pergi-balik Bakun setiap bulan. Me cannot!
Oleh kerana terlalu malas nak menjahit maka bebrapa hari bilik jahit telah diabaikan. Kita buat-buat tak nampak jer kain yang berlonggok tu. Kita wat lek wat peace.
Sekali ko satu malam tu berdentang-dentung bunyi bilik tu. Tapi malam tu tak ada pergi tengok pun. Bajet mungkin kejadian yang berlaku tu bukan di rumah sendiri. Mungkin rumah jiran atau rumah atas. Jadikan kita teruskan berehat. Ha punyalah positif.
Pagi esok bangun intai bilik jahit....tanjat kak Ton!
Runtuh noks penyidai bilik jahit tu!
Ngeri okeh. Kalaulah malam tu saya menjahit rasanya ada yang berjahit kepala. Dan mujur juga tak ada baju yang bersangkut tu yang koyak. Ha nampak tak, bukan semua perasaan malas tu tak baik. Kadang-kadang ia membantu menyelamatkan nyawa kita. Maka...jangalah rasa bersalah sangat kalau korang sedang merasa sangat MALASSSS.
No comments:
Post a Comment