Assalamualaikummmm.
Kembali bersiaran...
Okeh sambung balik lepas dah landing, pemeriksaan imigresen segala bagai terus keluar. Jumpa dengan pengiring dari Kuching dan Bintulu. First of all kenalah pergi stesen Bintulu yer. Masuk kejap tak lama sebab ramai staff yang tak ada. Ialah waktu tu waktu lunch. Borneo waktu solat dia awal setengah jam ke sejam ikut kawasan.
Then terus ke hotel. Kawasan airport ni memang tak ada hotel ye. Kalau nak hotel kena ke town. Either new town dia atau pun old town. Both ada hotel. Oh satu lagi kawasan pantai. Pun ada hotel. Hotel kitorang dekat new town. Kemena Hotel.
KEMENA HOTEL...Lobby and receptionist area.
The room double deluxe. RM 140/night
Coffee table and dressing table
Keadaan katil. Abaikan jelah katil yang berselerak tu.
The bathroom. Neat and clean....
Overall Kak Fifi puas hati jer dengan hotel ni. Cuma masa nak check-in tu bilik tak sedia lagi. Sampai pukul 3 aku menuggu. Dok melepak dekat bilik Kak Zura dulu. Badan dah berlengas ni. Nak mandi, nak tukar baju, nak solat, nak keluar makan. Masa ni perut pun dah mula angin. Dapat jer check-in terus mandi...fuhh lega.
Keluar makan dekat kawasan sekitar jer. Rasa laksa Sarawak Bintulu, hmmmmm hampa tidak sesedap di Kuching. Atau boleh dikatakan rasanya sangat out. Keciwak. Habis makan driver ajak sight seeing area Bintulu tu. Ok kita follow. Maklumlah nak datang sendiri ke Bintulu ni memang tak lah kot. Sebab Bintulu ni bukan tourist town ye...Bintulu ialah oil town. Adik-adik yang tak tahu meh Kak Fifi kaborkan, Bintulu adalah sebuah pekan perusahaan minyak. Maka di sini memang ramai orang minyak.
Nampok dak. Yang anak panah tu tunjuk bersusun-susunan tong gas petronas.
Yang dalam lorinya...maybe sedia untuk distribute kot
Ha tengok tu. Kalo boleh timbang kati memang ku borong bawak balik Semenanjung.
"Bang gas petronas 30 bungkus ikat mati." Kihkihkihkih
Then dibawa pusing-pusing kawasan perindustrian Bintulu ni. Kawasan kilang dekat sini memang jenis large scale. Maklumlah kilang proses minyak, gas and sawit. Oh semen pun ada ye. Tapi tak dapat nak ambik gambar sebab keadaan jalan yang melantun-lantun. Tak ada sekeping gambar pun yang tepat pada sasaran semua parkinson.
Ni sebenarnya nak tunjuk laut dekat depan tu. Saujana mata memandang. Tapi disebabkan jalan yang upside down ini sahajalah gambar terbaik yang dapat dicapture... #keciwak
Penutup hari pertama. Terima kasih kepada pencahayaan semulajadi yang membantu mencerahkan gambar. Balik Semenanjung berkeladak muka.
No comments:
Post a Comment