Friday, June 27, 2014

Bintulu - The Adventures Begin!!!

Hai hai hai...

OK masuk hari kedua di Bintulu.

Cabaran awal bermula. Hari ni dijadualkan lawatan ke Stesen Batu Niah. Oh sebelum tu cerita dulu pasal anakanda yang ditinggalkan. Seperti yang dijangka. Si adik memang tough. MR. Daddy kata senang jer jaga dia. Juga tak mencari. Sebab pagi Selasa sebelum pergi tu dah bisik pada dia (waktu dia masih tidur). Bagitahu mami pergi work jauhhhhhhh lamaaaaa. Adik tinggal dengan daddy dengan abang. Habis work mami balik. So dia ok. Tapi si abang, hari pertama jer ok. Hari kedua dan seterusnya bila call tak nak bercakap dah. Baru sebut hello air mata dah berjujuran. Hai lah anak.

OK back to story. Lawatan ke Batu Niah. Kalau tak silap dalam 20km dari Bintulu Town. Perjalanan lebih kurang dalam sejam setengah (plus minus). 5km pertama jalan ok, lurus dan cantik. Then bila makin menjauh daripada town, makin berliku jalannya, makin dalam lekuknya, makin tinggi enjutannya. Laluan yang kitorang ikut tu adalah laluan utama ke Sabah (highway to Sabah). Tapi jalannya masyaAllah. Memang agak teruk. Mungkin sebab banyak dilalui oleh lori-lori kelapa sawit dengan muatan lebih. Tapi itupun diorang kata dah ok dah. Insaf! Sesungguhnya. Betapa diorang bersyukur dengan segala kemudahan yang diorang terima.

 Sight seeing daripada Stesen Batu Niah. AWS ni stesen dia banyak atas bukit. Memang banyak mendakilah...tapi naik pajero bukan berjalan ye.



Singgah minum sebelum balik tu. Ini tamu (pasar) kering. Jual sayur dan buah-buahan. Buah salak banyak gila orang jual dekat tamu ni. Tapi ahkak tak beli sebab tak pandai makan buah salak. So kita pandang dan lalu sahaja...


Hari ketiga...

The real adventure...

Perjalanan ke Empangan Bakun. Empangan terbesar di Sarawak. Mengambil masa 4 jam perjalanan pergi sahaja dengan jarak sejauh 180km (plus minus 200km from hotel to exact location). Fuhhh...

Total lawatan hari ketiga adalah sehari duduk di office... *luruskanpinggang*

Seawal pagi around 7.30 (di Bintulu 7.30 matahari dah cerah) semua dah bersedia untuk satu perjalanan yang panjang. Dari awal kitorang dah di warning perjalanan ke Bakun ini sangat panjang dan meletihkan. 180km di Sarawak tidak sama seperti 180km di Semenanjung. Totally different!!!

Laluannya lebih teruk dari laluan ke Batu Niah. Laluan ke Bakun ni bukan setakat lori sawit, treller, lori kontena semua bedal.Jalannya pun cuma dua lane selisih pergi-balik. Dah lah lori-lori dekat sini dipandu dengan kelajuan cahaya. Tak ada brek-brek punya. Tinggal ko je lagi pandai-pandai mengelak. 

Lubang dekat jalan tu jangan ceritalah. Senang kata sepanjang 175km ke atas (Bakun) tu ko memang tak jumpa jalan yang rata. Berlopak, pecah atau runtuh. Itu je pilihan jalan yang ada. Walau di tar berkali-kali tetap tak guna kalau yang lalu tu semua jenis lebih muatan. Sebaik-baik transport untuk naik ke atas adalah kenderaan 4 wheel. Naik kereta biasa sila beristighfar banyak-banyak. Mungkin akan ada organ dalaman yang gugur.

Around pukul 11.00 macam tu selepas melalui liku-liku perjalanan kitorang sampai di gate pertama. Tempat ni adalah kawasan larangan. Tapi kitorang dah buat appointment so dapatlah masuk. Itupun kena ada officer Sarawak Hidro (yang mengendalikan empangan Bakun) tunggu di entrance kedua. As our tourist guided. Idak kalu memang tak dapat masuklah.

Masa mula-mula diberitahu tapak stesen ni akan dilokasikan di Empangan Bakun, ahkak ingatkan "berhampiran" empangan rupa-rupanya betul-betul di sebelah empangan. Yang ko boleh nampak kawasan release water. Fuhhh...new experience for me.

 Tapak yang telah dipilih untuk pemasangan alat hujung tahun ni. Boss tolong jangan suruh saya datang lagi yeeee....

 Cantik sangat pemandangan kelilingnya. Tempatnya tinggi rasa macam boleh mencapai awan. Wahhhhh gitu.

 This is empangan bakun water release. Right in front of my eyes babe!

 Kawasan tadahan air... seluas mata memandang. Bayangkan kawasan ni atas bukit macam mana diaorang tarah bagi kawasan puncak bukit ni menjadi rata untuk menadah air. Nikmat akal yang diberikanNya. MasyaAllah...

 Here I Am. Proven been there done that!

Saya sudah...anda bila lagi????



No comments: