Monday, June 23, 2014

Bintulu - Depart & Arrival

Assalamualaikum...

Hai uollsssssss

I'm backkkkkk

Fuhhhhhh...lap peluh.

Ok mari kita mulakan pengembaraan kita dari awal sampai akhir.

17 Jun 2014: Ahkak telah diarahkan membuat lawatan tapak di Bintulu, Sarawak. Dah kata "saya yang menurut perintah" maka pergilah jua...walau pun hatiku berat. Jahitan banyak wehhhhhhh hujung minggu ni dah puasa. Menangis aku baju orang tak siap kang. Dah lah berpergian selama empat hari. Tak apa kita ambil aura-aura positif sahaja.

Pukul 10.40 depart dari KLIA. Naik MAS. Mujur pagi tu MR. Daddy tak bagi buat perangai. Ikut hati pukul 9.30 kot baru nak gerak ke KLIA. Sekali sampai barisan nak check-in beg macam ular kena palu. Dah lah boarding pass belum ada no. gate. Beratur jugaklah. Lenguh tumit.

Settle check-in beg ngam-ngam dengan waktu gate dibuka. Terus turun. Dahlah gate depart A7 punyalah jauh ke hujung. Berjalan lagi. Takpe-takpe nanti dua jam kena duduk. So oklah.

Menunggu waktu untuk melangkah masuk ke dalam kapalterbang. Masa ni dalam perut dah mula ada rama-rama. Rasa nak pitam pun ada. Melampau kan. Entahlah mungkin faktor umur...mambuatkan daku terasa kecut tiap kali sebut nak naik flight.


Tepat pukul 10.50 macam tu terbang. Masa ni dah rasa nak muntah. Sian jer dengan Kak Zura (officer yang sama-sama ke sana) terpaksa menahan segala macam perangai Kak Fifi dalam flight tu. Dah stabil sikit tu terus Kak Zura suruh tengok apa-apa cerita in-flight supaya kepala otak ni boleh rileks sikit. Pasanglah cerita hindustan.

 Cer teka cerita apa...

 Tanjat Kak Fifi!!! Tengok syok-syok melayan tetiba terkeluar tangan ni. Terkejut ahkak tau! Nasib baik aku tak hempuk dengan apa-apa. Kalau idak sia-sia jer.

 Nampak small islands ni sebelum sampai Bintulu.

Cantikkan..Lautnya pun warna biru kehijauan. 

Touch down lebih kurang dalam pukul 12.30. Owh masa nak landing tu boleh tak Kak Fifi dok menjerit dalam flight tu sebab masa landing tu bergegar agak kuat jugaklah. Mungkin sebab runway kot. Lepas tu cepat-cepat tekup mulut sendiri. Kot-kot terkeluar pulak kata-kata azimat...saper nak tanggung. 

Lepas landing gedebak gedebuk keluar dari airport tu dalam pukul 1 jugaklah. Pengiring dari Stesen Bintulu dengan Kuching masa tu dah sampai dah. Destinasi pertama haruslah makan dan check-in hotel.


Itu kita sambung nest entry sebab Kak Fifi nak buat report dulu.

Till then daaaaaaaaaaaaaa


No comments: