Friday, November 29, 2013

Pengajaran

Cerita semalam. Kerana kelalaian sendiri 40 minit memandu dalam debaran. Memang dub-dab-dub-dab jer jantung sepanjang perjalanan. Stressed kak ton!

Biasa sebelum drive ke office benda pertama yang saya concern adalah minyak. Pastikan minyak kereta cukup untuk pergi dan balik kerja. Atau sekurang-kurangnya cukup minyak untuk pergi kerja.

SEMALAM...dengan penuh confident drive ke office TANPA memeriksa keberadaan minyak kereta. Inilah yang kita panggil OVER CONFIDENT!!! Memang over!!! So masa balik tu tergerak hati nak tengok minyak. Hamaigad! Hamaigad! Dah menyala. Iniiiiii serius. Terus rasa berdebar-debar. Apakah???


Apa nak susah kan isilah minyak dekat petrol pam terdekat. Tetapi malapetaka sungguh sebab dalam wallet cuma ada RM 3 jer. Yer inilah bahana bila tak reti check duit dalam wallet sendiri. Selalu MR. Daddy yang jadi reminder. Lawak apakah isi minyak kereta RM 3??? And I'm not a card credit user plus all card bank semua pada MR. Daddy.

Lalu memandulah dengan penuh debaran dan ketakutan sambil memaki diri sendiri. Actually minyak tu masih boleh pergi lagi 60km dan jarak office saya ke rumah adalah 40km. TAPIIIII petang tu hujan. Jadi kesesakan di atas jalan adalah dijangka sebab tu lah jadi takut.

Lalu membuat panggilan kecemasan pada MR. Daddy. Minta dia decide jalan mana nak ikut dalam keadaan minyak yang macam tu. Highway or old road. MR. Daddy kata jalan lama. Dalam hati berdoa janganlah ada excident or bad traffic otherwise I'm dead.

Finally managed to reach home safely without any dramatic scene all way home. Huh rasa nak buat lompat bintang. Gila pathetic. So korang kalau sesiapa tiba-tiba terpaksa hadap situasi macam ni ada tips untuk korang.

1. Jangan bawa laju. Lagi laju korang tekan minyak lagi cepat minyak habis. Waktu-waktu macam ni memang betul kata-kata pepatah melayu: biar lambat asalkan selamat.

2. Avoid break as much as you can. Ini pun membantu korang menjimatkan minyak yang dah nazak tu.

3. Maintain kelajuan. Kalau korang bawak 80km/hour try maintain speed tu. Ini pun bantu control petrol korang. Tapi kalau kereta depan slow silalah potong.

4. Tapi kalau korang stuck dalam heavy traffic the best way ambik lane paling kiri. Bukan apa kalau keadaan memang dah tak boleh nak diselamatkan korang boleh berhenti terus tepi jalan. Lepas tu pandai-pandailah minta tolong.

No comments: