Assalamualaikum pagi Isnin...
Kembali berkerja setelah dua hari bercuti. Cuti yang tak berapa rasa cutinya. Biasalah kan Isnin - Jumaat "kerja" di office, Sabtu - Ahad "kerja" di rumah pula. Kerja ni sampai bila pun tak habis. Even dah tutup mata pun masih lagi kerja. Tu yang kadang-kadang rasa nak cuti dan pergi holiday. Itu jer caranya supaya dapat "berhenti" daripada berkerja. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii cuti untuk tahun ni dah habis. Sekian!
OK itu mukadimah. Cerita sebenarnya pasal budak dua beradik tu. Hujung minggu tak pergi mana-mana. Satu sebab mami diorang kena siapkan baju orang. Dua pasal hujan. Tak syok pergi jalan-jalan bila hari hujan lagi-lagi bawa budak ni. Leceh. Dah lah si Nuha tu masih lagi batuk and selsema. Jadi biarkan diorang habiskan masa di rumah sahaja.
Dua beradik ni kalau main tak bergaduh adalah tidak sah. Harus ada seorang yang akan terpekik terlolong. Mula-mula main sama-sama...elok jer kau pegang hujung sana aku pegang hujung sini. Lepas lima minit start pertandingan siapa kuat dia menang. Startlah berebut. Nak conquer semua. Tak moh dah pegang hujung-hujung jer. Yang menang ketawa yang kalah menangis.......
Apa sahaja permainan, apa sahaja barang, apa-apa sahaja. Semua akan jadi rebutan. Adik pantang tengok abang punya mainan. Abang pangtang tenogk adik punya barang. Semua jadi alasan bergaduh.
Main kereta. Mula-mula abang main sorang. Lepas tu adik tengok macam syok jer...macam syok jer... adik pun nak join. Abang kata ok. Adik naik belakang. Adik pun naik dengan senyum lebar. Kereta pun jalan. Abang happy bawak kereta sambil nyanyi-nyanyi. Adik pun seronok tumpang kereta abang. Senyum lebar sampai telinga.
Kereta pusing-pusing bawa abang dengan adik. Kejap-kejap hon berbunyi. Adik ketawa...abang geli hati. Lepas lima minit abang dah berhenti berbunyi. Saya toleh tengok muka abang dah tak senyum lagi. Bila tanya kenapa? Katanya adik ni berat. Bila tengok adik, muka dah kerut-kerut tolak belakang abang suruh depan lagi. Padahal abang dah tersepit dekat stereng.
Then saya hulur tangan nak angkat adik sebab air mata abang dah meleleh ke pipi. Adik tepis garang sambil geleng kepala tanda dia tak mahu ke tepi. Bangunlah si abang bawa diri...menangis berlagu kalah berebut kereta sendiri. Adik happy. Sebab tahu dia menang lagi.
Haish lah adik. Lepas pujuk abang dengan adik main sekali lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment