Wednesday, November 13, 2013

Home Office Yang...

...dah tak berapa nak home office.

Hoih pening kepala kak ton. Nak buat kerja pun dah tak ada ruang. Ini lah yang konon-kononnya sibuk melampaui tahap dewa dewi. Perasan sibuk adalah sebenarnya. Bulan lepas memang bulan tunggang langgang. Macam-macam hal jadi. Dengan budak-budak punya hal dengan kampung punya hal, dengan itu lah dengan inilah.

Akhirnya bilik ni telah dianak tirikan. Tapi inilah bilik kegemaran Irfan dengan Nuha. Banyak "mainan" diorang dalam ni. Asal diorang masuk bilik ni mesti keluar dengan muka happy. Kang mula lah mami diorang terjerit-jerit cari barang jahit semua hilang.

 Tak menahan dengan kamus bagai. Motipppp? Mencari ilmu itu tidak kira di mana sahaja....

 Sampai tak nampak meja. Barulah nampak super buat-buat sibuk

Selagi boleh letak, semuanya nak diletak atas meja tu.

So semalam masa Nuha dah ok dah mula main dengan abang operasi mengemas kini home office pun bermula. Kita namakan sebagai Ops CANTIK. Pesan pada Irfan suruh main dengan adik supaya Nuha leka. Maka proses sinsing lengan baju bermula. Gedebak gedebuk mengemas sorang-sorang. Habuk, sawang jangan cakaplah. Dah macam rumah tinggal. Bapak pemalas tuan office ni.

Buat susun atur balik semula. Kain-kain perca yang tak pakai tu semua buang. Tak da makna nak simpan-simpan dah. Polar semua letak satu tempat. Kertas keras simpan satu kawasan. Riben, piping buat tempat baru. Benang susun elok-elok. Kain semua packing semua tak berhabuk. Pergh berpeluh jugaklah ketiak. Patutlah berpeluh kipas tak pasang.

Selesai kemas ngam-ngam dah petang. Terus bancuh teh o ais. Sambil hirup teh o ais berpeluh sambil tengok kekemasan home office yang baru. Ops CANTIK berjaya!!! *sendiri kemas sendiri kembang hidung

 hins hins kembang hidung

 mesin-mesin ni mesti happy sebab baru boleh bernafas

 tiba-tiba rasa mood nak menjahit on

saya suka!!! saya suka!!!

Lepas tu malam Mr. Daddy tengok office dah kemas. Dia tanya. 

Mr. Daddy : Naper beria-ia kemas bilik ni. Selalu ok jer sepah-sepah tu.
Me : Nak tengok ruang yang ada sebab nanti senang nak beli mesin baru.
Mr. Daddy : *krik* *krik*


No comments: