Friday, November 8, 2013

Home Made Portugise Grill

Oleh kerana kak Ton verangan kak Ton tengah dalam mode: diet on maka kak Ton pun gigih mencari menu-menu so-called diet menu. Hoih hampa sungguh. Menu diet semua pun nampak hambar dan tidak membangkitkan nafsu selera. Jadi marilah mencari menu makanan sihat (kononnnnnnnnn!!!).

Grilled!!!! Oh suka-suka. Sedap pun iye...senang pun iye. Gaul-bungkus-panggang. Selesai. Bagi ibu-ibu bekerjaya yang malas terkejar-kejar masa macam saya boleh try stail ni. Portugise grill ni kalau dekat luar saya pernah makan paling murah pun RM 7.50. Udang 4 ekor, sayur bendi potong selim 3 ketui.

Baiklah buat sendiri. Puas makan. Resepi asal dah tak ingat korek dari mana. Resepi yang ni ikut tekak saya.

Bahan-bahan
Udang atau sotong atau ikan pari
Kacang bendi
Bawang besar
Bawang putih
Cili pes atau cili giling
Kunyit (1 sudu kecil)
Garam sedikit
Serai beberapa batang.

Kekdah membuatnya
1. Udang @ sotong @ ikan pari tadi basuh dan potong ikut saiz yang korang suka. Toskan.
2. Bawang, bawang putih, serai dipotong kecil. Kalau rajin korang boleh blend. Kalau malas tak cukup masa potong je kecik-kecik.
3. Dalam mangkuk besar campurkan semua bahan yang dah diblend @ dipotong kecil tadi. Masukkan juga cili pes, kunyit, garam.
4. Campurkan dengan sedikit air. Gaulkan.



5. Susun udang @ sotong @ ikan pari yang dah ditos tadi atas aluminium foil. Masukkan juga kacang bendi yang dah dipotong kecil.



6. Tuangkan sambal yang dah digaul rata tadi.



7. Tutup aluminium foil dan sedia untuk dipanggang. Panggang dalam 15 minit macam tu.

Senang kan. Puas makan. Tapi misi berdiet gagal. Dari sesenduk nasi jadi bersenduk-senduk. Tak pelah bukan gemok sangat pun *pujuk hati sendiri.


Udang dan sotong portugise grill.

No comments: