Hai
Hai
Assalamualaikum...
Oleh kerana tak ada apa-apa su yang nak dibincangkan atau diceritakan atau dikarutkan makanya marilah kita berkongsi resepi sahaja.
Jadi minggu ni (kalau rajinlah) kita cuma share resepi jer.
Hari ni kita cerita resepi Roti Sosej Pintal. Buat malam tadi. Sebab tengok sosej tu ada lagi jadi mari kita kerjakan. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh kita bawa sebagai bekalan di hari esok.
Ok jom masuk dapur.
Roti sosej Pintal
Bahan-bahannya :
2 1/2 cawan tepung gandum (280gram)
1 sudu besar susu sejat / fresh milk
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 paket mauripan
3/4 cawan air suam (180ml)
1 biji telur (untuk sapuan)
mix vege (untuk hiasan)
kaju pizza (untuk hiasan)
mayonis dan sos cili (untuk hiasan)
Cara-caranya:
1) Campurkan mauripan, gula dan garam dalam satu bekas kecil / cawan.
2) Tambahkan sedikit air suam (agak-agak semua campuran tenggelam) dan kacau hingga berbuih.
3) Ketepikan dan biar sepuluh minit.
4) Sediakan satu bekas besar.
5) Masukkan tepung, susu sejat, marjerin dan campuran air mauripan (yang telah dibiarkan selepas 10minit) ke dalam bekas besar tadi.
6) Gaul sehingga semuanya sebati.
7) Tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga campuran bertukar menjadi doh.
8) Uli sehingga doh kelihatan licin.
9) Tutup rapat bekas doh dan biarkan selama 45minit - 1 jam supaya doh menjadi kembang.
10) Selepas doh kembang bahagikan doh kepada doh kecil dengan setiap bahagian dalam anggaran 50gram.
11) Canai doh kecil itu menajdi bentuk bujur, anggaran panjang seperti panjang sosej.
12) Letakkan sosej di atas doh yang telah dicanai dan balutkan sosej sehingga tertutup keseluruhannya.
13) Bahagikan balutan sosej tersebut kepada 8/9/10 bahagian dan potong. Potong sehingga sosej terputus tetapi pastikan doh yang membalut sosej di bahagian bawah tidak terputus.
14) Mula membentuk pintalan. Potongan pertama di tolak ke kiri manakala potongan kedua di tolak ke kanan dan begitulah seterusnya berselang-seli sehingga kesemua bahagian habis di pintal.
15) Setelah itu susun di atas dulang pembakar. Beri sedikit ruang agar roti tersebut boleh mengembang ketika dibakar. Biarkan seketika sebelum bahagian permukaan roti disapu telur dan ditabur mix vege, mayonis, sos cili dan keju pizza.
Hasilnya.....
Selamat mencuba skill memutar :)
2 comments:
mak aiii... tetiba ai jadik bangga ada kawan pandai masak cenggini..
*motipppp???*
oleh itu tolongla bawak bekal lebih untuk ai jugak...
program diet perlu dilakukan bersama
Kahkahkah...
Tersedak airlio aiolls baca komen uolls.
Sekali tu jer lah aiolls rajin nak menguli doh. Habis tough lengan-lengan mak noks...Tak koser!
Itu sebenarnya cara-cara memujuk MR. Daddy belikan aiolls bread maker. Tapi nampaknya hasrat belum kesampaian...
Post a Comment